KABINET “ANGGUK KEPALA”

Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN
10 April 2009

KABINET “ANGGUK KEPALA”

Hanya dua daripada 28 (7%) Menteri dan enam daripada 40(12%) Timbalan Menteri dilantik dalam Kabinet baru Perdana Menteri, Najib Razak.

Dari sudut perlaksanaan ketetapan yang di perolehi di peringkat domestic (Dasar Wanita Negara) dan antarabangsa (Millennium Goals), jumlah itu mempamerkan sikap dingin Najib Razak sebagai Perdana Menteri dalam memberi ruang kepada ahli-ahli politik wanita BN yang berkebolehan dan terbukti kebolehan mereka untuk memegang jawatan-jawatan dalam kabinet yang baru dibentuk.

Sikap narsistik yang ditonjolkan oleh Najib Razak memberi gambaran bahawa keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan adalah yang akan terus mengukuhkan kedudukan Najib Razak supaya kekal sebagai Perdana Menteri selama yang dikehendaki.

Wanita KEADILAN melihat fenomena itu sebagai suatu regeression (kemorosotan) yang berpanjangan dalam kerajaan Barisan Nasional yang tidak memiliki kesungguhan dan keazaman politik untuk menjayakan sasaran 30% perwakilan wanita di semua peringkat membuat keputusan (decision making levels) dalam pentadbiran negara.

Barisan Kabinet yang baru tidak menggambarkan mesra gender yang diharap-harapkan oleh lebih 50% penduduk Malaysia. Harapan yang diletakkan oleh lebih 50% penduduk Malaysia itu telah kecundang dengan pengumuman barisan kabinet yang baru ini.

Wanita KEADILAN merasa gusar di atas kemungkinan aspirasi dan objektif Dasar Wanita Negara, yang sudah wujud hampir 25 tahun itu, dan Millenium Goals berkaitan wanita akan dipenuhi dalam masa santai berpandukan sikap dingin Barisan Nasional mengenai pencapaian sebahagaian besar sasaran yang persetujui dalam kedua-dua dasar tersebut.

Oleh itu, Wanita KEADILAN menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar menyegerakan pengoperasian dan pencapaian segala pelan tindakan yang tertunggak, khususnya pelan tindakan Dasar Wanita Negara, menerusi gender mainstreaming yang meluas agar status wanita Malaysia menjadi lebih terpelihara dan terjamin.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: