Propaganda BN dalam apa bentuk sekalipun tidak menggugat Pakatan Rakyat

Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk utama: BN 1, PAS 1, PKR 1. Utusan Malaysia memang terkenal dengan pelaporan yang berat sebelah dan sentiasa diperalatkan untuk menjayakan propaganda Umno-BN yang semakin hari diketahui rakyat. Kejengkelan itu mengukuhkan persepsi bahawa rakyat tidak dapat bersandar pada Utusan Malaysia dalam membantu rakyat membuat keputusan-keputusan yang adil dan tepat. Bahawa jika tidak membaca Utusan Malaysia, rakyat tidak rugi satu apapun kerana ia tidak menambah nilai pengetahuan dan tidak dapat dipercayai memberikan maklumat yang benar, khususnya dalam membuat liputan dan laporan mengenai hal-ehwal semasa politik.

Editor dan wartawan Utusan tidak dapat menggarap makna dan identiti BN dan serta perbezaan dari parti-parti komponen.Pakatan Rakyat. BN=Barisan Nasional. Umno adalah parti, setarap dengan Parti Keadilan Rakyat atau PAS atau DAP atau MCA dll.Dengan itu, lawan BN ialah Pakatan Rakyat, PR, bukan KEADILAN atau PAS. PR didokongi oleh KEADILAN, PAS, & DAP. Tajuk Utusan Malaysia tersebut seharusnya ditulis begini: BN 1, PR 2. Jelas ia menunujukkan bahawa rakyat lebih menyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Malaysia Barat.

Kemenangan di kedua-dua Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menegaskan kehendak rakyat untuk Pakatan Rakyat terus memerintah dan mentadbir di negeri-negeri yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ia juga menjadi suatu desakan bahawa rakyat inginkan Umno-BN mematuhi undang-undang dan melaksanakan perjalanan pentadbiran negara dengan adil dan memberi sepenuh kepentingan kepada rakyat.

Para pemimpin Umno-BN yang perlu membersihkan nama dan pertuduhan yang didakwa ke atas mereka juga wajarlah segera berbuat demikian supaya negara diperintah oleh pemimpin yang benar-benar bersih, tulus, telus dan adil. Rasa selamat dan aman harus dirasai oleh rakyat. Pembebasan hanya 13 orang tahanan ISA tidak langsung menunujukkan suatu halatuju ke arah pencapaian agar rakyat rasa selamat dan aman di Malaysia. Pembebasan yang dijanjikan oleh PM Malaysia, Najib Razak tidak langsung menunjukkan suatu pemerintahan yang adil dan tulus dalam menjiwai, menghayati dan melaksanakan perubahan yang disebut-sebut oleh Najib Razak dalam ucapan sulung PM baru itu.

Kesemua tahanan ISA mestilah dibebaskan atau di bawa ke mahkamah dengan pendakwaan menurut undang-undang yang sedia ada. Barulah dikatakan ada pembaharuan dan perubahan dalam pentadbiran PM baru ini. Jika benar inginkan perubahan, Najib Razak juga perlu membebaskan dahulu diri beliau dari segala persoalan dan pertuduhan tentang pembunuhan Altantuya. Kepercayaan rakyat adalah bergantung kepada sejauh mana beliau memberikan kerjasama dan mendokong dengan sewajarnya proses perbicaraan dan keadilan mahkamah dan perundangan agar ia boleh berjalan secara bebas tanpa campurtangan politik dan mereka yang berkuasa.

Memansuhkan larangan kepada akhbar Suara Keadilan dan Harakah adalah juga tidak memadai. Kedua-dua akhbar telah menuntut untuk lesen yang memungkinkan kedua-dua akhbar tersebut di keluarkan setiap hari. Dalam proses perubahan yang disebut-sebut oleh Najib Razak, kepentingan wajar diberi kepada saluran-saluran media alternatif agar bebas mengeluarkan pandangan dan berita seperti media-media arus perdana yang lain.Najib Razak wajar akur bahawa arus perubahan tidak akan dapat dihalang dengan kekejaman dan Politik Durjana kerana ianya akan meningkatkan daya lawan dan saing mereka-mereka yang dizalimi.

Najib juga wajar tanpa lengah membersihkan dirinya dan ahli-ahli politik Umno-BN yang mempunyai kaitan dengan berbagai isu rasuah dan penyelewengan. Tuduhan-tuduhan bahawa wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sasaran sudah banyak diperkatakan dan diperiksa kesahihannya yang memerlukan tindakan tegas dan segera juga. Prosedur dan kaedah perbahasan di Parlimen yang merugikan dan membuang masa perlu ditangani supaya para pembuat dasar menetapkan dengan betul dan tepat agenda merakyatkan segala yang menjadi kepentingan rakyat jelata.

Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh disisih dan dipinggir dalam menerima segala peruntukkan menurut perlembagaan dan peraturan pentadbiran pusat dan negeri. Kerajaan pusat sewajarnya memberi empowerment kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengurus kerajaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan yang dikenakan untuk menyekat kecermelangan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat.

Najib wajar menganjak dirinya dari pengamal politik lama dan durjana kapada Politik Baru untuk diterima rakyat sebagai seorang pemimpin yang agung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: