Menjangka kemenangan di kedua Bukit

Dalam menyusuri akar umbi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, pertemuan dengan rakyat mendapati bahawa 75% daripada mereka menginginkan kesinambungan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Keadaan itu jauh sekali memberikan rasa selamat dan selesa kepada sekelian jentera Pakatan Rakyat, khususnya dalam menyedari bahawa SPR tidak telus dan independent, badan yang bebas, dalam setiap pilihanraya.   Bahkan SPR dilihat sebagai menjadi sebahagian dari parti-parti komponen BN, mengikut telunjuk mereka yang berkuasa.

Perang saraf Umno telah menyebarkan berbgai fitnah dan gambar2 yang menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN, yang menyaksikan Politik Durjana berleluasa dalam kempen2 pilihan raya kecil kali ini.

Terdapat segelintir rakyat, kebiasaannya Melayu, yang telah didik untuk tidak mendengar selain dari apa yang disebarkan oleh BN dalam bentuk risalah, di TV dan radio milik BN.   Mereka telah menutup pendengaran mereka kepada segala yang lain.   Mereka menjadi tertutup kepada idea dan pandangan2 yang lain dari apa yang selalu dihadapi oleh mereka.   BN telah menjadikan mereka rakyat yang eksklusif sehingga pandangan yang mengancam idea dan pegangan mereka selama ini jika dicabar akan ditolak bulat2 tanpa hujah yang bernas.   Kelompok yang telah dilahirkan oleh Umno, BN sedemikian tidak akan berupaya untuk memimpin umat manusia, jauh sekali untuk mengamalkan apa yang sering disebut2 mereka, iaitu nilai2 Islam, sebagai pegangan orang2 Melayu, yang meletakkan ilmu dan segala yang berkaitan dengannya sebagai mulia dan diletakkan di tempat yang tinggi di sisi Tuhan.

Umno, BN ingin mengekalkan keadaan lemah sebahagian rakyat Melayu, khusunya di luar bandar, kerana dengan demikian Umno, BN boleh menguasai rakyat dan memperkotak katikkan mereka.

Pakatan Rakyat menghadapi satu tugas yang amat mencabar dalam menjadikan rakyat Malaysia sebuah masyarakat yang berpengetahuan.   Berpengetahuan amat berbeza dengan memiliki keupayaan intelektual.   Rakyat berpengetahuan adalah rakyat yang didedahkan dengan isu2 yang menyentuh hal ehwal dan kebajikan mereka menerusi segala jentera kerajaan dan media perdana agar mereka boleh membuat keputusan yang tepat dan adil, khususnya dalam scenario pilihan raya yang menghendaki rakyat membuat keputusan memilih calon yang terbaik.   Pihak Pakatan Rakyat tidak diberi peluang secara adil untuk menerangkan dalam media2 perdana, dan di stesen2 TV yang ada, agenda merakyatkan segala keperluan rakyat, khususnya dalam bidang ekonomi dan kekayaan negara.

Saban pilihan raya, isu pengundi hantu, data yang tidak kemas dan kontroversi mengenai data2 yang tidak lengkap maklumat sentiasa timbul tanpa apa2 respon yang boleh menunjukkan sikap adil SPR.   Kebrengsetan SPR sudah mencapai tahap yang meloyakan rakyat yang berpengetahuan.

One Response to “Menjangka kemenangan di kedua Bukit”

  1. keyleedaud Says:

    pakatan rakyat samada calon pas calon pkr ke3 3 pasti menang.insylh sama2 doa dan aminkan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: