CUTI YB ELIZABETH WONG DILANJUTKAN

KENYATAAN AKHBAR
MAC 25, 2009
CUTI YB ELIZABETH WONG DILANJUTKAN
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat
keputusan bagi melanjutkan tempoh cuti YB Elizabeth Wong (EXCO Pelancongan, Hal Ehwal
Pengguna dan Alam Sekitar) sehingga 15 April 2009.
Kerajaan Negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar memandangkan siasatan polis masih
belum selesai. Keputusan hari ini juga telah mengambil kira perbincangan di antara Dato’ Menteri
Besar Selangor dan YB Elizabeth yang berlangsung Sabtu lepas.
Kerajaan Negeri Selangor dengan ini, memberi jaminan bahawa keputusan ini tidak akan
menjelaskan sebarang urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Untuk itu, MMKN juga telah
memutuskan tugas-tugas rasmi YB Elizabeth ditanggung beberapa ahli MMKN buat sementara
waktu seperti berikut:
Ø Pelancongan – Dato Menteri Besar Selangor dan YB Teresa Kok,
Ø Hal Ehwal Pengguna – YB Ean Yong Hian Wah
Ø Alam Sekitar – YB Rodziah Ismail dan YB Dr Xavier Jayakumar
Kerajaan Negeri juga telah melantik YB Rodziah untuk menanggung tugas-tugas kerja YB Elizabeth
sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Sementara menunggu keputusan siasatan polis, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak
supaya jangan membuat sebarang spekulasi bagi menghormati hak peribadi YB Elizabeth.
MENTERI BESAR SELANGOR
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: