1000 kad pengenalan baru telah dikeluarkan di Bukit Gantang

Dan risikan oleh Bilik Gerakan, kira-kira 200 pengundi baru telah dikesan.

Para petugas dan rakyat adalah diseru untuk berwaspada dan melaporkan sebarang perkara yang boleh disyaaki sebagai pengundi hantu.

6 Responses to “1000 kad pengenalan baru telah dikeluarkan di Bukit Gantang”

  1. BangCak Says:

    TAHNIAH KEPADA PARA WANITA PARTI KEADILAN ! SENSITIF DENGAN SESUATU ISU KETIKA “HADIR” PILIHANRAYA SANGAT PENTING.

    JANGAN KASI RUANG MEREKA “MEREDAH” TANPA SOPAN ! TUHAN KURNIAKAN KITA AKAL. GUNAKAN SEPENUH MAKSIMA HADIAH TUHAN ITU DEMI UNTUK MAJU KE HADAPAN.

    MEREKA PUNYA CARA, KITA PULA ADA “JALAN” UNTUK MEMBANTU. ASAL JANGAN “PUTUS SEMANGAT” !

    BANTAHAN PERLU DIBUAT JIKA TERNYATA “PENIPUAN” BERLAKU ! KEADILAN ADALAH HAK SEMUA RAKYAT ! BIAR KITA YANG PAYAH JANGAN PULA RAKYAT YANG KEPAYAHAN. “ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM…BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.” ALANG-ALANG KITA “BERTARUNG, LAWAN TETAP LAWAN ! YES !

  2. SIR ABU. Says:

    SAYA SOKONG PENDAPAT ADIK SAYA BANGCAK ! DAN SAYA HORMATI JASA DAN PENGORBANAN SAUDARI2 SELAMA INI DALAM KEADILAN DAN JUGA PAKATAN RAKYAT…TERUTAMA KAK WAN YANG PUNYA BANYAK JASA ! TERIMA KASIH DAN TAKNIAH LAGI UNTUK KAK WAN AZIZAH !

    SAYA MAHU PUAN2 MELIHAT KEPADA SATU UNSUR PENTING DALAM MEMUPUK PERPADUAN SESAMA KITA IAITU KASIH SAYANG ! MARI KITA JADIKAN PARTI KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT UMUMNYA SEBAGAI LANTASAN KITA MEMUPUK SEMANGAT PERSAUDARAAN. MAKSUD SAYA…KITA UTAMAKAN SAUDARA KITA DARIPADA DIRI SENDIRI. BUKAN SAYA MENUDUH PUAN2 PENTING DIRI TETAPI INILAH RUANG YANG “TIDAK DIPENUHI” OLEH UMNO DAN BN !

    MEREKA (bn) TERLALU MENGUTAMAKAN “KEUNTUNGAN PERIBADI” DARIPADA KEJAYAAN “ORANG LAIN”, MAAF! SAYA TIDAK BERNIAT MEMBAWA SEBARANG UNSUR “KETERASINGAN” SESAMA KITA.

    KAN KITA BERASAL DARIPADA SATU IBU DAN BAPA. BAIK SIAPAPUN “SAHABAT KITA” IBU MEREKA ADALAH IBU KITA DAN BAPA MEREKA ADALAH BAPA KEPADA KITA ! (ADAM DAN HAWA ). BUKAN NIAT SAYA MAHU MENYUSIK SENTIMEN SESIAPA JUGA…TETAPI INILAH HAKIKAT YANG PERLU KITA TERIMA.

    KITA BUKAN MONYET SEPERTI SANGKAAN PENULIS BARAT. BAPA DAN IBU KITA ADALAH MANUSIA YANG BERTAMADDUN ! MEREKA MANUSIA MULIA DI SISI TUHAN.

    NAK ! AYUH, KAK WAN…AYUH KITA MAJU ! AYUH KITA BERSATU ! TIDAK DIKATAKAN IMAN MELAINKAN DIALAH TUHAN YANG CINTA KEPADA MEREKA YANG MENYINTAI SAUDARANYA MELEBIHI CINTANYA MEREKA KEPADA DIRI SENDIRI !

    DAN AYUH WANITA KEADILAN KITA KOTAKAN KATA ! BAHAWA BUMI MALAYSIA INI MILIK KITA BERSAMA. BUKAN SIAPA YANG PAYAH JIKA KITA TIDAK BERSUSAH-PAYAH MELAINKAN ANAK DAN KETURUNAN KITA YANG BAKAL PAYAH !

    DAN BUKAN SIAPA YANG BAKAL SENANG…MELAINKAN HATI YANG TENANG KERANA BERKASIH SAYANG !

    BERSATU ! AYUH, BERSATU HATI !
    BIAR SATU JADI GAGAH…JANGAN BERCANGGAH TIADA FAEDAH !

    HIDUP KEADILAN !

  3. MRS. BANGCAK Says:

    YANG DIHORMATI KAK WAN AZIZAH, PENDOKONG PARTI KEADILAN RAKYAT, MALAYSIA SERTA PEMBANTU-PEMBANTU “GAGAH” DALAM PAKATAN RAKYAT !

    INGIN JUGA DI SINI SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH TIDAK TERHINGGA KEPADA KAK WAN SERTA PENGGERAK WANITA KEADILAN, ADIK NURUL MISALNYA DAN TIDAK KETINGGALAN SEMUA “ORANG KUAT” PKR !

    SIAPA LAGI YANG NAK KITA HARAP, KAK WAN…KITA NI IBARAT DAYUNG ! MAAFKAN SAYA, KAK WAN…TERNYATA HAMBA-HAMABA ALLAH SEMATA-MATA “ALAT” KEPADA DIA YANG MAHA BERKUASA DEMI MEMBAWA “RAHMAT KE SELURUH ALAM”

    VISI KITA BUKAN MENJURUS KEPADA DIRI-KENDIRI TETAPI, REDHO DIA YANG MAHA GAGAH PERKASA. APALAH NILAI PANGKAT, HARTA, ANAK-PINAK SERTA GULUNGAN IJAZAH JIKA SEMUA ITU DIPANDANG SEPI OLEH TUHAN KETIKA KITA “MENAGIH KASIH” HANYA DIA (TUHAN) KETIKA DI PADANG MAHSYAR !

    MAAFKAN SAYA LAGI, SAUDARI2 SAYA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM…BUKAN NIAT SAYA JUGA UNTUK MEMPERSENDAKAN ANUTAN PARA SAUDARI…TUHAN MAHA ADIL SERTA “MEMBERI HAK UNTUK MEMILIH” PEGANGAN DAN ABUTAN MASING-MASING…!

    SEJARAH ISLAM YANG BENAR-BENAR DIAMALKAN SECARA “MENYELURUH” TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA YANG TIDAK MENGANUTI AGAMA ISLAM MERASA LEBIH “SELAMAT” BERNAUNG DALAM KERAJAAN KHALIFAH YANG TERDAHULU. BUKAN NIAT SAYA, WAHAI SAUDARIKU UNTUK MENOLAK KEYAKINAN SAUDARI KEPADA PEGANGAN PARA SAUDARI YANG SEDIA ADA…TETAPI SAYA “TERPAKSA” MENYATAKAN “KEBENARAN” YANG TERMAKTUB DALAM LIPATAN SEJARAH DUNIA.

    AYUHLAH WAHAI PARA SAUDARIKU, WALAUPUN SIAPA ANDA… KITA PUPUK SEMAGAT PERSAUDARA YANG TIDAK BERBELAH-BAGI HANYA SEMATA-MATA UNTUK PERPADUAN. HANYA SEMATA-MATA AMANAH YANG KITA PIKUL BERSAMA.

    SAYA BERSIMPATI DI ATAS PERISTIWA “ASAKAN POLIS ” DI BEBERAPA TEMPAT. TAPI, SEMUA ITU ADALAH ASAM-GARAM PERJUANGAN. MAKA, BERKATA SEORANG SAHABAT SAYA… “NO PAIN, NO GAIN !

    BUKAN NIAT KITA UNTUK “MELUKAKAN” SESIAPA WALAUPUN HATI…TETAPI JIKA BIADAP SESEORANG KITA “MULIAKAN DENGAN SENYUMAN”…SUDAHNYA, KITALAH YANG BAKAL MENYESAL.

    MANUSIA BAIK TANDANYA PADA PERBUATANNYA YANG MENJADI “RAHMAT” UNTUK SEMUA ! SEDANG MEREKA YANG JAHAT LAGI BERNIAT JAHAT, MUAL BAUNYA ! SAKIT DEK MATA ! BINGIT PADA PENDENGARAN ! SERTA LUKA PADA HATI YANG “SUCI” !

    AYUH KAK WAN, AYUH ADIKKU NURUL ! AYUH PARA SAUDARIKU…PINTU RAHMAT DI HADAPAN KITA… KITA MAJU DAN TERUS MAJU… KEJAYAAN PASTI MENUNGGU !

    TAKBIR !

  4. MR. V.I.P Says:

    MENJEGAH PADA LAMAN INI LALU, BERKELIP DI MATA SAYA SATU TULISAN “WANITA KEADILAN” !

    MERENUNG PULA SAYA PADA KOMENTAR TIGA ORANG SAUDARA SAYA DI ATAS…NAMPAKNYA “NGAM” PULA CITA-CITA DAN HASRAT BERSAMA. MAKA, TERUSIK DI HATI SAYA UNTUK TURUT “TUMPANG SEKAKI” ! IZINKAN HAMBA BERTANDANG DI SINI…!

    ALHAMDULILLAH (SEGALA PUJI BAGI TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG) !

    PENTAS CERAMAH SERING “DIGUGAT”…MOGA-MOGA “PENTAS HATI”, JANGAN TERGUGAT ! SENTIMEN KITA BUKAN UNTUK MENCARI SETERU ! BEGITULAH HASRAT, CITA-CITA DAN KEMAHUAN YANG KITA ADA. ADA SETERU, MENIMBULKAN MASALAH ! KERJA KITA MENYELESAIKAN MASALAH ! BUKAN “BIKIN MASALAH” ! SORRY…SAYA SUKA BERGURAU !

    MEMANG BENAR ! BUAT MASALAH SEBENARNYA MENAMBAHKAN MASALAH. HANYA “YANG KURANG CERDIK”, DEMIKIAN PERANGAI MEREKA ! TAPI, BAGUS ADA CABARAN ! LIHAT BAGAIMANA ANAK-ANAK BELAJAR “BERTATIH” ! KEKADANG TERJATUH…BANGUN LAGI…TATIH LAGI…TERSEPAK PULA DAN JATUH…SENYUM PULA DIA…DAN MAJU TERUS !

    SAYA SUKA ANAK KECIL…CUCU SAYA MEMANG NAKAL ! TAPI BANYAK YANG DAPAT SAYA BELAJAR DARINYA ! KETABAHAN ANAK KECIL SUNGGUH MENGKAGUMKAN. TAMBAHAN PULA DENGAN “KEMANJAAN” MEREKA…MENJADI MERIAH RASA HATI…HILANG RASA PENAT BEKERJA !

    SAYA YAKIN PUAN-PUAN YANG PUNYA ANAK MEMILIKI PERASAAN YANG SAMA SEPERTI ITU. HAI…TERHIBUR LUKA-LARA !

    BUKAN JUGA NIAT SAYA MAHU MEMPERSENDA SAUDARI2 SEUMPAMA ANAK-ANAK KECIL ! TETAPI, PENGAJARAN DARIPADA SEORANG ANAK KECIL DAPAT MEMBANTU KITA JADI LEBIH “GAGAH” DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN SERTA “PEREJUANGAN” YANG TIDAK SEPI DARI “ONAK DAN DURI” !

    SAYA KAGUM KEMAMPUAN NURUL IZZAH, ANAK KESAYANGAN IBUNYA, SAYA KIRA ! DALAM USIA “MUDA” SUDAH MAMPU MENJADI “PENDORANG” KEPADA KEJAYAAN RAKYAT ! SUDAH DAPAT MELANGKAH “TAMPAN” UMPAMA “PERWIRA”…SRIKANDI DIHATI KAMI ! TAHNIAH, NURUL IZZAH !

    PARA WANITA KEADILAN SEMUA…SAYA “SATU HATI” DENGAN PANDANGAN TIGA ORANG SAUDARA SAYA DI ATAS ! MARI KITA “TAWAN” HATI-HATI MEREKA YANG SERING MENAGIH SIMPATI ! MARI KITA “ARAK” MEREKA DENGAN “KOMPANG HATI YANG MULIA”. HANYA DENGAN CINTA DAN KASIH-SAYANG !

    INI “SENJATA KITA” ! BUKAN PELURU ! BUKAN “GAS PEMEDIH MATA” TETAPI KASIH-SYANG DARI HATI YANG “SUCI” MAHU BERSAUDARA !

    KITA SUDAH SEKIAN LAMA LUPA KEPADA “CINTA” SEDANGKAN MEREKA MENGAHARAPKAN CINTA SEJATI ! SIAPA ?

    RAMAI DI LUAR SANA !
    MENANTI “BELAIAN MESRA” DARI MEREKA YANG SIMPATI. PERTOLONGAN KITA YANG “PUNYA KELEBIHAN” ! INI TUGAS KITA, WAHAI SAUDARI DAN PUAN-PUAN !

    RAMAI YANG DAIF KEPAYAHAN. JANGAN SALAHKAN MEREKA KERANA MENERIMA “HABUAN” SEMATA-MATA “SATU UNDI”…MEREKA MISKIN ! MEREKA KEPAYAHAN !BUKAN MAKSUD SAYA MENGAJUKAN CADANGAN SUPAYA “MENABUR BUDI” DENGAN WANG ! TIDAK, BUKAN BEGITU ! TETAPI HATI BUDI YANG JUJUR IKHLAS SEKADAR KEMAMPUAN…HATTA DI LUAR MUSIM MEREKA “MENGUNDI” !

    ATAU PUAN-PUAN…MENJADI “PEMUDAH CARA” MENDAPATKAN PEKERJAAN UNTUK MEREKA ATAU ANAK-ANAK MEREKA YANG MEMERLUKAN ! ATAU WUJUDKAN “RUANG PEKERJAAN” MENGGUNAKAN DANA DARI KUTIPAN ! SEKADAR TERMAMPUAN, WAHAI PUAN !

    SADARI-SAUDARI DAN PUAN-PUAN TENTU LEBIH BIJAKSANA DALAM BIDANG INI. MAKA, AYUH ! KITA BERGANDING BAHU. KITA SATUKAN HASRAT SERTA TEKAD.

    BETUL KATA ZAITON SAMEON…

    “SELAGI HIDUP BELUM SUDAH…
    AKU AKAN TERUS MELANGKAH…
    KUYAKIN RAHMAT BUATKU…
    DI HADAPAN MENUNGGU !”

    BEGITU POZITIF KEYAKINAN ZAITON !
    BELAJAR DARI YANG BAIK, YANG TIDAK BAIK JADIKAN SEMPADAN !

    TERIMA KASIH !

  5. MISS AYU Says:

    Nampaknya, cadangan Tuan dan Puan tadi (di atas) sungguh menusuk kalbu. Terbayang di hati saya betapa pentingnya erti muafakat dalam intim berkasih-sayang !

    Saya tidak bijak hal agama. Saya tidak murni dalam adab dan saya tidak bijaksana dalam berkata-kata. Maafkan saya jika terdapat sebarang “gangguan perasaan” dan berbeza pandangan dalam tulisan saya ini.

    Saya penuntut lepasan universiti tempatan. Puas berusaha akhirnya saya berjaya. Malangnya, hal pekerjaan amat rumit saya hadapi. Puas pula menjinjing ijazah ke sana ke mari tapi hasilnya belum saya temui.

    Akhirnya, saya mulakan perniagaan kecil-kecilan. Berbekalkan sedikit ilmu guru-guru…saya mengorak langkah serta memberanikan diri. Syukur kepada Tuhan, kemajuan makin terserlah. Tidaklah saya ini kaya tetapi “senang” berbelanja menampung keperluan ahli keluarga. Memandangkan saya anak yang sulung, tidak dapat tidak perlu saya berhempas-pulas mencari rezeki.

    Rupanya, usaha dalam perniagaan memang mengasyikkan. saya lupa diri kemudian. Hanyut diri saya dalam menikmati harta kepunyaan Tuhan. Maka, tenggelamlah saya daripada ingat kepada Tuhan. Yang tinggal kepada saya hanya penyesalan !

    Kenapa soal peribadi ini saya siarkan adalah semata-mata mahu berkongsi pengalaman hidup bahawa benarlah pesan ustaz dan para guru…

    “Hakikat BERJAYA bagi seseorang insan ialah REDHO TUHAN kepadanya”

    Lalu, saya mengubah haluan. Kembali berniaga dengan bantuan seorang sahabat. Di tawarkannya pinjaman dan saya belayar semula dalam dunia perniagaan dengan panduan seorang sahabat juga yang alim ilmu agama.

    Rupanya, di situ saya temui kejayaan sebenar. Yang sedikit menjadi cukup untuk keperluan dan yang banyak tidak pula menjadi “membazir” sedang membazir itu saudara syaitan kata guru saya.

    kesimpulan yang nak saya katakan ialah kejayaan dalam apa juga bidang, jika tidak dilandaskan kepada HUKUM YANG MULIA, tidak ke mana kita.

    Maka, saya terhutang budi kepada kata-kata peransang dan ilmu baru yang saya temui dari penulis-penulis di atas !

    Semoga pengalaman ini dapat pula membantu KEJAYAAN PKR dalam perjuangan.

    Terima kasih.

  6. Ratumulia1 Says:

    Kalau BN Menang pun (ye Ke?), ia bukanlah kemenangan apa pun tapi MENANG BACOL PENIPU! TAKTIK BASI SAAAME jer! membuli terus dikekalkan. GANGSTER lah katakan! 3 piihanraya dijalankan serentak, sebaik shj meeting agung depa dan pemilihan kepimpinan bernafas baru(?). yg nyata PERASUAH pun ‘pass’ masuk bertanding, MENANG jd KETUA lagi lak tu! Anak LEMBU Lembaga Pemilihan UMNO sama je ngekor Mak Lembu SPRM, perubahan kepala hotak Jin-berjambul dia! Mantan PM yg ‘KOMPIUS’ talam 3 muka, pun join together nk sokong SAPE ‘BEBENONYER’? Tapi ingatlah wahai Pejuang PKR! Biar besar mana dugaan dan cabaran, inilah MASANYA JIHAD SEBENAR kamu demi kebenaran dan perjuangan hak rakyat! George Bush dengan hasil huruharanya di Amerika adalah BUKTI terhadap manusia yang rakus dan KERAS KEPALA! AYOH! bergeraklah dgn sgl jiwa ragamu, biar APA pun senjata ‘canggih’ mereka. LAWAN TETAP LAWAN hingga ke titisan akhirnya!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: