Pilihanraya Kecil Dua Bukit (terkini)


Di Bukit Selambau, Exco Wanita Keadilan Pusat yang diketuai oleh Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah bertemu calon KEADILAN di Bukit Selambau.

(Gambar di kanan: Srikandi Kedah)

Beliau seorang pemuda yang berjiwa besar dan dibesarkan dalam suasana muhibbah, di mana hubungan kemanusiaan adalah berdasarkan hubungan antara insan tanpa mengira siapa mereka.   Beliau berkeyakinan bahawa perjuangan beliau dalam KEADILAN adalah suatu perjuangan yang soleh yang memerlukan pengorbanan.   Beliau fasih berbahasa Melayu Kedah dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa mengalu-ngalukan pandangan bernas daripada mereka yang lebih senior dalam parti.   Semuga para senior sentiasa memberikan nasihat terbaik, dengan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan dalam penjadualan program dan aktiviti untuk beliau.

Itulah calon KEADILAN bagi Bukit Selambau, Manikumar, 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. (Gambar, kanan, Zuraida Kamaruddin bersama Salma Ismail)

Pengarah Jentera Pilihanraya Wanita KEADILAN Bukit Selambau, Salma Ismail, telah mengerahkan aktivis, ahli-ahli, simpatisan Wanita KEADILAN untuk memberi segala keupayaan dan kesungguhan yang ada untuk mengekalkan kerusi Pakatan Dun Selambau dalam Pilihanraya. (Gambar bawah: Dato’ Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok menyampaikan ucapan di majlis perassmian Bilik Gerakan Wanita N25 Bukit Selambau)

Kesempatan pertemuan di Bukit Selambau telah juga dimanafaat untuk Sambutan Hari Wanita Sedunia yang telah dirasmikan oleh Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ketua Wanita juga telah bersama-sama pengundi di Batu Belacan di mana bekas Adun, Arumugam tewas sebanyak empat undi.

(Gambar, kiri, Ketua Wanita Bukit Selambau)

(Gambar, atas: Kiri sekali, Naib Ketua Wanita, Noorsham Abu Samah, Zuraida K., Salma Ismail, Manikumar dan Nurin Ain)

Selepas itu Zuraida Kamaruddin telah meneruskan lawatan kerja ke Bukit Gantang besama Pimpinan Pakatan Rakyat menyambut Hari Wanita di peringkat Negeri Perak.
Kelihatan dalam gambar di kiri, pimpinan PAS, KEADILAN, dan DAP. Sedang berucap ialah Haniza Talha di Sambutan Hari Wanita, Bukit Gantang.

oleh Rozaini M R

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: