Lagi janji yang belum dipenuhi oleh BN Sabah

Isu Jalan Raya di kawasan N7, Kadamaian Kota Belud:

Gambar ini adalah dikirim oleh salah seorang daripada penduduk Kg Tinata di kawasan ini kerana tidak tahan lagi dengan penderitaan jalan raya seperti ini. Mereka terpaksa berjalan kaki dengan mengangkut segala barang keperluan yang dibeli daripada kedai. Anak-anak sekolah terpaksa berjalan kaki berbatu-batu. Jalanraya ini adalah jalan utama yang menghubungi tiga kampung iaitu, Kampong Tinata, Gensurai dan Melangkap. Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Kota Belud, Herbert Timbun Lagadan telah berjanji untuk membaiki jalan raya berkaitan setiap kali ada pilihanraya tetapi sehingga sekarang semua jalan di Kawasan N.7 Kadamian tidak ada perubahan sejak dahulu lagi. Hampir kesemua jalan di Kawasan Kadamaian telah dibina sejak pemerintahan Parti Berjaya lagi iaitu pada 1976-1983.

Issue SMK Pekan Nabalu (DE 14 Feb 2009):
Deputy Minster of Education, Datuk Noh Omar announced the construction of the school on 9 Dec 2007 at the Dewan Masyarakat Nabalu but until now there is no sign of such construction of the RM14.3 million seconadary school according to S.K. Dallas PTA President, Jussil Duaka.

Isu kemiskinan tegar Kadamaian:
Baru-baru ini, YB herbert telah membuat kenyataan bahawa beliau, “wants zero hardcore poor in Kadamaian” (Daily Express). Jika dia serious dengan kenyataan itu patut utamakan dahulu keperluan yang asas seperti jalanraya dalam gambar ini. Tambahan lagi, ramai lagi rakyat di Kadamaian mempunyai permasalahan bekalan air yang tidak menentu. Kampong Taginambur, Kg Tamalang, Kg Singgah Mata, Kg. Bukit Bendera selalu menghadapi masalah bekalan air. Kesemua bekalan air ke kampong ini adalah air graviti yang diusahakan oleh penduduk kampong berkenaan.

Dari
Lukia Indan
Ketua Penerangan Bahagian Wanita Sabah
merangkap Ketua Wanita Bahagian Kota Belud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: