Minute Budget for the people (to be updated)

XXXS Bajet, rupanya…..

Hanya RM10 bilion yang akan dibelanjakan tahun ini. RM5 bilion untuk kos pengurusan kerajaan.   Sebahagaian besar bajet yang tinggal (RM5 bilion) adalah untuk menafaat syarikat dan korporat.
Tujuan mini bajet yang dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan 11 Mac lalu adalah untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang memberi kesan parah terhadap ekonomi Malaysia sekiranya tidak rangsang segera.
Pakar-pakar ekonomi memberi pandangan bahawa Malaysia akan memasuki fasa merudum dengan pertumbuhan negatif dalam beberapa waktu ini. Jika tidak dikawal akan menatijahkan kemuruduman yang lebih teruk, Depression.
Secara umumnya, pendekatan untuk menghadapi ekonomi merudum ialah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dengan suntikan bajet.
Dalam masa yang sama, kerajaan adalah dituntut untuk memastikan bahawa rakyat jelata diberi kepentingan utama dalam langkah-langkah mengurangkan kesukaran yang akan dihadapi ketika ekonomi negara menjunam.
Pakej rangsangan yang dikemukakan adalah lebih menguntungkan syarikat-syarikat dan korporat yang sangat terdesak untuk mendapatkan working capital kerana tidak mampu meneruskan operasi disebabkan permintaan produk dan perkhidmatan yang menjunam.
Dalam masa yang sama juga langkah-langkah pembuangan pekerja dan menghadkan aktiviti, khususnya di sektor perkilangan dan pembuatan, sedang berlaku dengan hebatnya.
Dijangkakan seramai satu juta pekerja di Malaysia akan menganggur.
Implikasi sosialnya amat besar sekali ke atas individu, keluarga dan masyarakat.   Kadar jenayah dikhuatiri akan meningkat.
Setiap keluarga yang terlibat akan mendapati kesukaran dalam menjalani kehidupan harian mereka. Penjagaan kesihatan, pendidikan anak-anak, juga akan terjejas.
Apa yang selama ini diperlukan oleh rakyat ialah kematangan dan kebijaksanaan kerajaan yang seharusnya sudah ada contingency plan, seperti tabung-tabung untuk membantu rakayt dalam fasa merudum sebegini. Kerajaan telah mengabaikan sikap teliti dan berhati-hati dalam mengurus ekonomi yang mempunyai pusingan atau cycle nya sendiri; kebiasaannya boleh dijangkakan dan boleh lebih bersedia untuk menghadapinya jika berwaspada selalu; tidak boros dan bermewah. Malangnya Kerajaan Umno-BN, menerusi Menteri Kewangannya, baru saja mengakui, setalah berada dalam state of denial, bahawa negara telah memasuki tahap ekonomi yang kritikal dan akan menjadi lebih parah sealiran ekonomi dunia.  

Rakyat kini memerlukan wang tunai di poket-poket mereka untuk hidup saban hari bersama ahli-ahli keluarga mereka.
Kerajaan juga wajar mengarahkan bank-bank menangguhkan pembayaran balik hutang-hutang rakyat untuk kereta dan rumah-rumah yang mereka beli sehingga keadaan kembali pulih dengan selesa untuk rakyat. Oleh itu penangguhan pembayaran balik hanya untuk tiga tahun tidak mencukupi. Tiada siapa yang boleh meramalkan setakat ini bilakah kemelesetan ekonomi ini akan berakhir.

Ketangkasan mengalirkan bajet ke dalam sistem ekonomi adalah faktor kritikal mencapai hasrat pakej rangsangan ini.   Adakah itu akan berlaku segera oleh kerajaan yang masih sarat dengan birokrasinya?   Dan apakah jaminan untuk rakyat bahwa korupsi, yang menjadi persepsi rakyat terhadap budaya lazim dalam Umno, tidak berlaku kali ini?

Rozaini M R

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: