Kempen Tolak Politik Durjana di Temerloh, Pahang

The primary reasons for this (economic) collapse are corrupt politicians, and fraudulent banking institutions that colluded to put the country into massive DEBT! – Foundingfather1776 on the 2001 economic collapse of  Argentina, a country rich in natural resources with a generally well-educated population, has undergone an economic collapse since 2001.

————————————————————————————————-

Konvensyen Wanita KADILAN Pahang telah diadakan semalam 9 Mac 2009.   Ketua-Ketua Wanita dan berisan pimpinan dari Bahagian-Bahagian Pahang telah hadir menjayakannya.

Koordinator program tersebut, Nancy Khong dengan sokongan sekelian Wanita Pahang telah mengumpul seramai 100 orang aktivis dan wakil-wakil Perhubungan Negeri Pahang.

Forum Wanita Berdaya, Harapan Negara, telah turut dijayakan.   Antara ahli-ahli panel terdiri daripada, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Ketua Biro Pembangunan Wanita, Felicia Ling.   Turut memberi pandangan dalam forum tersebut ialah Ketua Bahagian Kuala Krau, Hj Suhaimi.

Sekumpulan Wanita Orang Asli telah hadir menerima sumbangan pakaian daripada Wanita Kuala Krau yang telah disampaikan oleh Zuraida Kamaruddin.

Kehadiran Srikandi Pahang di Konvensyen tersebut mempamerkan kesriusan Wanita Pahang dalam menyediakan takungan barisan pemimpin masa depan.

Pelancaran Kempen Tolak Politik Durjana/No To Gutter Politics telah dilancarkan oleh Zuraida Kamaruddin sejurus setelah beliau merasmikan Konvensyen Wanita KEADILAN Pahang.   Pelekat Tolak Politik Durjana/No To Gutter Politics telah diedarkan kepada para peserta Konvensyen.

Turut hadir ialah Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha, selaku Exco yang menyelia Wanita Pahang dan Exco Wanita (Biro Penerangan), Rozaini Mohd Rosli.

Gambar: Haniza Talha dalam perbincanganbersama Ketua-Ketua Bahagian Pahang.

Rozaini M R

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: