Happy Women’s Day (Updated 13 March 2009)

SMS dari Ketua Wanita Miri, Zulhaidah :
A women has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love, and opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she is happy, laughs when she’s afraid. Her love is unconditional. There is only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth…Happy Women’s Day.

———————————————————————–

Kembalikan kepada wanita nikmat rasa selamat dan aman di Malaysia

Oleh Rozaini M R

Wanita seluruh dunia telah menyambut Hari Wanita Sedunia 2009 pada 8 Mac 2009.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, Rodziah Ismail, telah melancarkan sambutan hari Wanita Sedunia 2009 dengan tema “Kembalikan kepada Wanita Rasa Selamat dan Aman di Malaysia” (Restore Peace and Security to Women in Malaysia).
Sambutan yang meriah itu telah diraikan bersama para wanita Pakatan Rakyat dan orang ramai, hampir seratus orang, di Sunway Pyramid Shopping Complex pada 7 Mac 2009 lalu.

Satu tayangan video mengenai OSCC, One Stop Crisis Centre, bagi wanita dan lelaki teraniaya telah dipersembahkan.
Selepas itu, Wakil-Wakil Rakyat yang telah hadir untuk sidang media sambutan Hari Wanita Sedunia 2009 itu telah mengedarkan risalah OSCC kepada orang ramai yang berada di Kompleks tersebut. Adun dan Ahli Parlimen yang hadir ialah Teresa Kok (Parlimen Seputeh), Teo Nie Ching (Parlimen Serdang), Janice Lee (Adun, Teratai), Hannah Yeoh (Adun, Subang Jaya), dan Gan Pei Nei (Adun, Rawang).
Senator Ubaidah (Kelantan) juga telah hadir.

Perutusan Hari Wanita Sedunia itu telah turut disokong oleh Wanita-Wanita Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Wanita KEADILAN, Muslimat PAS dan DAP.

Dalam konteks hal ehwal wanita, pertemuan berkala wakil-wakil kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menerusi Jawatankasa Hal-Ehwal masing-masing akan menjadi mekanisme awal dalam perkongsian maklumat dan pemikiran dalam rangka halatuju memberdaya wanita Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang terlibat.
Penberdayakan wanita( empowerment of women) dalam bidang politik, ekonomi, kesihatan dan sosial masih memerlukan suatu komitmen dan pelan tindakan yang jitu dan menitikberatkan pengoperasian yang sistematik dan penyeliaan yang rapi dan profesional.
Menurut kajian di peringkat antarabangsa, pemberdayaan wanita akan menyaksikan pembangunan negara menjadi lebih seimbang dan menyeluruh. Penglibatan wanita dalam bidang politik pula akan meningkatkan kepekaan dan ketelusan parti dan pemerintah dalam seliaan dan perlaksaan dasar-dasar sosio-ekonomi negara.

Kebersamaan Wanita-Wanita Pakatan Rakyat dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri-Negeri pimpinan Pakatan Rakyat perlu di institusikan segera untuk menjadi suatu Majlis Permuafakatan Wanita Pakatan Rakyat agar perkongsian kesemua organisasi dan kerajaan tersebut dapat dimanafaatkan dengan semaksimum mungkin demi kemaslahatan wanita dan negara.

Dalam forum yang telah berlangsung di Johor Baharu, 8 Mac 2009, mengenai Krisis Politik dan Perlembagaan di Perak, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin telah menjelaskan tentang berlakunya jurang mengenai kefahaman mengenai pengurusan tentang kepentingan wanita di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita dan apa yang sedang berlaku kepada wanita-wanita Malaysia yang masih mengalami diskriminasi gender, gangguan seksual di tempat kerja dan tahap pemberdayaan ekonomi yang masih jauh tertinggal di mana menurut satu kajian seramai sejuta wanita di Malaysia masih di bawah kemiskinan (RM1500).

Sekitar Sambutan Hari Wanita Sedunia 2009 di Sunway Pyramid Shopping Complex, 7 Mac 2009:

Membership Drive by Setiawangsa Division, headed by Women’s Chief, Hasnah Hashim:

7 Mac 2009
———————————————————————————————
Perutusan Hari Wanita Sedunia 8 Mac 2009
Tema: Kembalikan kepada wanita nikmat rasa selamat dan aman di Malaysia
(Restore peace and security for women in Malaysia )

Hari ini, Barisan Kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat berhimpun bersama-sama meraikan Hari Wanita Sedunia dan setahun setelah Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran lima buah negeri pada 8 Mac 2009.

Berpuluh-puluh tahun sejak Malaysia ditubuhkan, Wanita di Malaysia masih belum mengalami nikmat rasa selamat dan aman. Di manakah silapnya perancangan, aplikasi dan implementasi Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan terhadapnya?

Kerajaan Malaysia Belem dapat mewujudkan suasana dan prasarana aman dan selamat lagi kondusif bagi wanita menjalani segala aktiviti pembangunan negara, samada secara langsung atau tidak langsung.

Setiap hari di Malaysia berlaku sebanyak 8.2 kes keganasan rumahtangga, 6.7 kes rogol, kes-kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan, keperluan wanita Orang Asli yang tidak dipenuhi dan keperluan wanita kurang upaya yang masih tidak difahami.
Berlaku juga peningkatan kes HIV/Aids di kalangan wanita berkahwin dan kes-kes jenayah yang banyak seperti samun dan ragut. Diskriminasi dalam bidang pekerjaan, gangguan seksual, khususnya dalam sektor awam juga tetap berlaku tanpa penyelesaian yang wajar dan diambil tindakan dengan kadar segera.

Dalam sektor ekonomi, sebahagian besar Wanita Malaysia juga belum lagi berada dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Menurut satu kajian, kira-kira lebih sejuta pekerja wanita masih di bawah paras kemiskinan (yang berpendapatan kurang dari RM1500). Status mampu kendiri wanita luar bandar adalah jauh lebih parah. Pemberdayaan ekonomi wanita di Malaysia haruslah menjadi antara agenda utama dalam usaha memberdaya wanita.

Jika diteliti, penglibatan wanita dalam arus pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan politik masih memerlukan rangsangan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti mereka.

Realiti kehidupan kini menjadikan wanita nadi dalam berbagai lapangan selain dalam rumahtangga mereka. Wanita adalah pencetus perubahan, pemelihara budaya dan agama dan perancang masa depan generasi mendatang.

Kerajaan Malaysia telah gagal membimbing Wanita Malaysia ke suatu tahap kualiti insan yang dapat meningkat persepsi umum secara norma bahawa Wanita Malaysia adalah insan-insan yang berdaya (empowered) dan cemerlang dalam peranan mereka yang pelbagai.

Kerajaan yang bertanggungjawab adalah dituntut untuk sentiasa mewujudkan suatu suasana yang selamat dan aman bagi wanita dan kehidupan mereka di Malaysia. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia akan dapat dilaksanakan jika pendekatan non-partisan dan kebersaaman yang luhur dan telus menjadi ciri utama mendekati sebarang permasalahan wanita.
Permasalahan wanita adalah permasalahan semua rakyat, tanpa mengira ideologi politik, perbezaaan ras dan agama.

Mengarusperdanakan gender (Gender Mianstreaming) yang menjadi asas kepada kejayaan Dasar Wanita Negara dan pencapaian cita-cita Millenium (the Millennium Goals) masih belum berjaya sepenuhnya dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN.

Kedudukan wanita di mana saja adalah suatu amanah yang mesti dipenuhi. Ia perlu disokong oleh kefahaman yang mantap mengenai gender dari kalangan pemimpin dan masyarakat dan oleh sistem-sitem sokongan agar wanita memainkan peranan besar itu dengan nikmat rasa selamat dan aman.
Sinergi kefahaman terhadap gender dan mewujudkan sistem sokongan akan menghasilkan wanita Malaysia yang berdaya-saing (empowered) dan cemerlang dalam peranannya sebagai ibu, isteri, pendidik, penegak kebenaran dan keadilan sejagat.

Selepas setahun mendengar rintihan wanita, berbicara dengan mereka dan prihatin terhadap kekhuatiran mereka, kami telah cuba untuk memahami dan melaksanakan keperluan para wanita.

Dengan itu, kebersamaan kami di sini hari ini adalah pernyataan bahawa kami akan terus memberikan komitmen terhadap memenuhi hak-hak wanita dan kesetaraan gender (women’s rights and gender equality). Kami juga memberikan penegasan bahawa kami ingin terus bekerjasama dengan lelaki dan wanita untuk melakukan perubahan dan ingin mengembalikan nikmat rasa selamat dan aman kepada wanita Malaysia.

Kepada Mu Wanita, ”Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia”

Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,
Kebudayaan, Sains, Inovasi & Teknologi
Kerajaan Negeri Selangor

Disokong oleh Wanita-Wanita Pakatan Rakyat

One Response to “Happy Women’s Day (Updated 13 March 2009)”

  1. Virgil Says:

    Ahaa, its pleasant conversation concerning this post at this place at this weblog, I have read all that, so at this time me also commenting at this place.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: