Persistent Gender Discrimination within the Umno-BN led Government

Kenyataan Media
4 Mac 2009

Diskriminasi Gender yang berterusan dalam Kerajaan Pimpinan Umno-BN

Ternyata berlakunya berbagai diskriminasi dan ketidakadilan berdasarkan gender terhadap wanita di Malaysia. Wanita Malaysia sering berdepan dengan pelbagai halangan dan diskriminasi dalam usaha merealisasi sepenuhnya potensi mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, politik dan budaya negara. Contoh kes terkini Noorfadilla Ahmad Saikin yang dinafikan peluang untuk menjadi guru sandaran semata-mata kerana beliau hamil adalah secebis daripada bongkah air batu yang lebih besar.

Kesetaraan gender bukan bermakna menyamakan lelaki dengan wanita atau bersikap neutral gender tetapi ia bermaksud menanam kesedaran tentang perbezaan antara wanita dan lelaki dan mengiktiraf kedua-duanya mempunyai keperluan dan peranan yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza dan kekuatan dan kelemahan yang berbeza, terutama apabila merebut peluang pekerjaan.

Dengan itu, Wanita Parti KeADILan Rakyat, yakin bahawa Kesetaraan Gender cuma akan tercapai jika kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah yang positif dan tegas untuk membasmi semua bentuk ketidaksetaraan gender. Meminda Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan tanpa mengadakan peruntukan undang-undang yang spesifik untuk menghapuskan diskriminasi atas dasar gender tidak akan menghapuskan ketidaksetaraan ini.

Sikap acuh tak acuh kerajaan Malaysia terhadap diskriminasi gender menimbulkan andaian bahawa kerajaan mendokong fahaman seksisme dan menganggap taraf dan nilai wanita lebih rendah daripada lelaki. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya semua saranan yang releven di bawah CEDAW (Convention on the Elimination of Discrimination against Women) dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia dengan serta merta.
(Gambar: Duduk, dari kanan Noorfadilla Ahmad Saikin, Ketua Wanita Keadilan,Zuraida Kamaruddin, Naib Ketua Wanita Keadilan,Haniza Talha. Berdiri di belakang ialah ahli-ahli Kaukus Wanita Parlimen dan pimpinan Wanita Keadilan)

Wanita Parti Keadilan Rakyat, menggesa agar Kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang dan peruntukan baru yang boleh menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita DAN semua polisi yang mendiskriminasikan wanita secara langsung atau tidak langsung, dijadikan kesalahan di bawah undang-undang,

Wanita Parti Keadilan Rakyat menggesa Kerajaan Malaysia menubuhkan satu tribunal yang berfungsi mengadili semua aduan tentang diskriminasi gender terhadap mana-mana individu, badan dan organisasi.

Wanita Parti Keadilan Rakyat, menyokong Deklarasi Beijing (1995) yang menyatakan “Kesetaraan antara lelaki dan wanita adalah berhubungkait dengan hak asasi manusia dan adalah salah satu syarat untuk mencapai keadilan sosial.” Malaysia tidak akan dapat menikmati pembangunan yang kekal dan berterusan jika hampir separuh daripada rakyatnya yang produktif dinafikan peluang yang sama rata untuk mencapai impian mereka.

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
——————————————————————-
Persistent Gender Discrimination within the Umno-BN led Government

Overwhelming evidence shows that discrimination and injustice against Malaysian women on grounds of gender persist. Malaysian women continue to suffer disadvantage and gender discrimination and being deprived of equal conditions for realizing their full potentials to contribute to national, economic, political and cultural development. Our present case involving Noorfadilla Ahmad Saikin and the Ministry of Education is only the tip of the iceberg (attached is Press Release : Diskriminasi Gender Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 28 Januari 2009).

Gender Equality is not about treating men and women the same or being gender neutral but to take cognizance of the differences between women and men and that women and men have different needs and roles, different life experiences and different disadvantages especially in the labour market participation.

Wanita Parti Keadilan Rakyat believes that the Government of Malaysia must take positive and affirmative action to eradicate gender inequality. Mere act of amending Article 8 of the Federal Constitution without specific legislative provisions to outlaw discrimination on grounds of gender is insufficient to eliminate gender inequality. The indifferent attitude of the Malaysian Government towards gender discrimination implies their endorsement on sexism and the acceptance of the belief that women is inferior to or less valuable than men in our society. The relevant recommendations under CEDAW (Convention on Elimination of Discrimination against Women) must be implemented by the Government of Malaysia without further delay and any reservation.

Wanita Parti Keadilan Rakyat, urges the Government of Malaysia to enact new law and provision to end immediately all forms of discrimination against women AND to make all discriminatory policies, express or implied, and discrimination on grounds of gender an offence under the law. Wanita Parti Keadilan Rakyat, also urge the Government of Malaysia to set up a tribunal to deal with complaints of gender discrimination against any organization, body or enterprise.

Wanita Parti KeADILan Rakyat, upholds the Beijing Declaration and Platform for Action (1995) that “Equality between men and women is a matter of human rights and a condition for social justice.” Malaysia will not be able to enjoy long and lasting sustainable people-centered development when almost half of the productive segment of the country is deprived of the equal opportunity to realize their dreams.

Zuraida Kamaruddin
Member of Parliament for Ampang
Women Chief, Parti Keadilan Rakyat

3 Responses to “Persistent Gender Discrimination within the Umno-BN led Government”

  1. zul hasrul Says:

    menarik tentang isu gander ini. telah banyak diketengahkan. soalnya kerajaan tidak pernah pun mengabaikan isu ini. terjah sahaja dimana2 pejabat kerajaan, majoritinya adalah wanita. saya x tahu lah kalau saudari dari wanita pkr tidak pernah ke pejabat kerajaan. dan jawatan besar dlm kerajaan pun sudah banyak di pegang oleh kerajaan. adakah pihak saudari x puas hati lagi?? mahu semuanya dipegang oleh wanita?? saudari, mungkin zaman telah berubah, namun Islam masih relevan hingga kini. selidik tgk masalah yang melibatkan wanita, keluarga dan masyarakat islam dlm negara ini, adakah kebebasan melampau dalam kesamaan gander penjadi puncanya?? Islam sudah seadilnya memberi tempat pada lelaki dan wanita dalam masyarakat. namun kita jgn melampaui batas..
    Dalam kes Noorfadilla Ahmad Saikin, guru sandaran.. bagi saya, tindakan untuk tidak mengambilnya menjadi guru sandaran adalah tepat. ini adalah untuk kebaikan dirinya dan juga pelajar. bukan untuk menindas.. tapi agar para pelajar tidak terganggu pelajaran, pernahkah saudari berfikir, andai dia x sihat disebabkan dia mengandung, lepas 2 jika dia cuti untuk bersalin.. adakah ini x mengganggu pelajar? adakah pelajar akan dapat belajar dgn baik??
    saudari,, walaupun saudari lihat ini sebagai diskriminasi gander,, tapi bagi saya.. ini adalah untuk kebaikan dia dan pelajar.

    fikir2 lah..

  2. wanitakeadilan Says:

    zul hasrul
    Saya perlu adil kepada saudara sebelum meneruskan perbincangan mengenai gender ini.
    Dengan itu, saya perlu mendapatkan terlebih dahulu pandangan saudara tentang apakah itu gender.
    Apakah pendapat saudara tentang maksud gender itu?

  3. zul hasrul zakaria Says:

    salam..
    gender?.. mst terlintas di benak hati.. iaitu lelaki.. perempuan.. tetapi gander bkn melibatkan sexsuality atau luaran.
    tetapi dlm erti kata yg luas lagi, adalah peluang atau hak yg dinikmati oleh lelaki dan perempuan. sama ada pendidikan, pekerjaan dan lain2.. atau peranan dlm sesebuah negara.

    Setelah kita mencapai kemerdekaan, kita telah melihat pelbagai kejayaan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh wanita(perempuan). Jika dahulu orang-orang tua kita x pernah terlintas di benak untuk melihat anaknya(perempuan) untuk memegang jawatan tinggi di jabatan-jabatan kerajaan, bergelar profesor, atau memiliki syarikat sendiri. Begitu besarnya transformasi yang telah kerajaan bawa setelah lebih 50th merdeka. Mungkin mentaliti masyarakat kita masih memandang wanita ini lemah, tetapi itu hanya segelintir sahaja. Semakin kehadapan, kerajaan akan memperelokkan tempat untuk golongan wanita sesuai dengan kelebihan serta kelulusan yg sewajar untuk mereka.

    Saya percaya kebebasan serta kesamaan gender yang telah dinikmati wanita di malaysia, adalah yg terbaik diantara negara-negara islam. Kita x seharusnya menjadikan barat sebagai contoh. Kebebasan adalah berlandaskan kepada apa yang telah digariskan kepada kita oleh Islam. Saya nie bukannya profesor atau orang yang berpengalaman seperti penulis. Tetapi sekadar pemerhati yang menilai serta memahami keadaan semasa. Saya tahu, wanita amat2 berpontensi, seperti mana di universiti saya belajar, wanita memang amat cemerlang tidak dinafikan sama sekali. Tetapi kita jangan lupa asasnya kejadian lelaki dan wanita, kelemahan serta kelebihan masing2. Tetapi, kita harus ingat walaupun wanita mampu memikul tugas seperti lelaki, namun wanita tetap x leh lari dari fitrahnya sebagai wanita. Kelemahannya, serta kekurangannya. Bagi saya, medium yang kerajaan beri pada wanita di negara ini amat2 besar. Lihat sahaja kejayaan wanita di dalam perniagaan, jawatan kerajaan, bahkan sehingga di peringkat pembuat dasar. saya tahu ini tidak cukup lagi bukan?(manusia x pernah rasa cukup) Tetapi pelahan2 lah agar keadaan sosial dapat menerima perubahan pelahan2, saya percaya, kerajaan sedang melakukan perubahan, cuma kekadang keikhlafan yg sedikit membuatkan kita terus menuding jari menyalahkan kerajaan. Dek kerana rasa serta cita yang berbeda kita buta mata untuk melihat kebaikan yang ada. namun kita harus tetapkan 1 dlm hati kita iaitu tali ALLAH, ISLAM. Belajar untuk menerima kesilapan orang, serta memperbaiki kesilapan sendiri. Permintaan yang kita perjuangkan adalah untuk kebaikan, jangan sampai ia menjadi sesuatu yang sia2 serta x mendapat keredhaan ALLAH.

    Saya berpendapat andai kerajaan Umno-BN menafikan atau kurang memberikan ruang pada wanita nescaya tidak akan ada wanita yang menjejakkan kaki di parlimen seperti mana yang dinikmati oleh barisan kerajaan atau pembangkang. Jangan hanya kita ini pembangkang, maka apa yang dilakukan kerajaan adalah salah x betul, kalau betul pun, kurang memuaskan. Semua ini hanya kita x nk bagi point kalau terpuji kerajaan sket..=) Macam nie lah… Saya hanya 1 yang saya pegang dlm hidup ini sebagai panduan. iaitu pokok pangkalnya adalah AGAMA(ISLAM). Jika kita memandang tinggi agama kita. Kita x akan rasa x cukup. Kerana peluang yang kerajaan berikan adalah amat2 luas.. kepada lelaki, dan juga wanita, berdasarkan kebolehan serta kelayakan.

    Ada sebagai pembangkang sebagai check and balance di dalam tindak tanduk kerajaan. Saya x membangkang hasrat anda memperjuangkan gender di malaysia. Tetapi perjuangkan dgn landasan islam, criteria islam, kerana islam telah menetapkan seadanya untuk kedua jantina ini dengan sebaik-baiknya.

    wsalam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: