No to Gutter Politics! Campaign

Kenyataan Media
25 Februari 2009

KEMPEN WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT MENGATAKAN “TIDAK” KEPADA POLITIK DURJANA

Sekarang ini media kita telah digunakan sebagai landasan untuk mensensasikan kehidupan peribadi ahli politik, termasuk lelaki dan wanita yang menyandang jawatan awam. Tanpa disedari, kita telah diheret ke dalam satu budaya tidak sihat yang dikenali sebagai Politik Durjana.

(Kelihatan dalam gambar:duduk dari kiri, Felicia Ling, Ketua Biro Pembangunan Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita KeADILan, Haniza Talha, Naib Ketua Wanita KeADILan, juga Timbalan Speaker DUN Selangor.   Berdiri dari kanan, Noorsham Abu Samah, Naib Ketua Wanita KeADILan, Chong Eng Ahli Parlimen Bukit Mertajam(DAP),Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sg Siput(PSM), Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan dan Ahli Parlimen Batu, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai(PAS)


Wanita Parti KeADILan Rakyat berpendapat bahawa gelombang Politik Durjana yang melanda masyarakat secara tiba-tiba ini akan mengancam budaya politik kita. Ia melemahkan kesopanan, penglibatan politik non-partisan dan amalan demokrasi rakyat di negara ini. Wanita Parti KeADILan Rakyat mengecam semua bentuk taktik Politik Durjana seperti sindiran dan salahguna maklumat yang diperolehi untuk menyerang privasi, keperibadian, keluarga dan rumahtangga sesiapa sahaja yang memegang jawatan awam terutama sekali ahli politik wanita. 

Politik Durjana menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki dan kehilangan maruah terutama sekali apabila sasarannya adalah ahli politik wanita. Perjalanan kita untuk mengarusperdanakan gender dalam politik kini dihalang oleh Politik Durjana kerana wanita yang berminat untuk menabur bakti kepada masyarakat dan wanita yang berniat untuk terjun ke arena politik kini mendapati diri mereka diugut oleh ahli-ahli Politik Durjana. 

Politik Durjana ini secara jelas telah melanggar Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan tiada siapa pun yang tertakluk kepada serangan ke atas kehormatan dan keperibadiannya. 
Kita mungkin akan terjerumus ke dalam krisis Politik Durjana yang dalam dan perit kecuali kita bertindak dengan pantas. Oleh yang demikian, Wanita KeADILan Rakyat, menyeru agar Kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang baru atau menggubal undang-undang sedia ada untuk melindungi hak kebebasan peribadi seseorang. Hukuman berat yang setimpal hendaklah dikenakan ke atas mereka yang mencabul hak kebebasan peribadi ini. 

Kami ingin menyeru supaya kita mengatakan “TIDAK” kepada Politik Durjana demi memelihara maruah manusia. Katakan “TIDAK” kepada Politik Durjana kerana kita amat prihatin.  

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KeADILan

——————————————————————–
Press Release
25 February 2009

WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT CAMPAIGN SAY “NO” TO GUTTER POLITICS

Today our media has been used as the platform to sensationalize the private lives of politicians including men and women holding public offices. Without us realizing it, we are dragged into a culture called Gutter Politics.

We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, view this sudden surge of Gutter Politics in our society as an imminent threat to our political culture. It undermines our civility, the non-partisan and democratic participation of the rakyat in Malaysia. We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, condemn all forms of dirty political tactic used such as insinuation and abuse of information obtained to attack the privacy, reputation, family and home of any person holding public offices especially the women politicians.

Gutter Politics causes irreparable damage and deprivation of human dignity especially when the target is a female politician. Our route to gender mainstreaming in politics has now been obstructed by Gutter Politics because women who choose serving people as their passion and women who intend to venture into politics as their ways of life will now find themselves being blackmailed by gutter politicians.

Gutter Politics is a clear violation of Article 12 of Universal Declaration of Human Rights that no one shall be subject to attacks upon his honor and reputation.

We could be sliding into a deep and painful gutter political crisis unless we act swiftly. We, Wanita Parti KeADILan Rakyat, call upon the Government of Malaysia to enact new laws or to amend the existing laws to protect the privacy spheres of people. Stern penalty must be imposed on those who violate the right to Privacy.

Let us all say “NO” to Gutter Politics for the sake of human dignity. Say “NO” to Gutter Politics because we care.

Zuraida Kamaruddin
Member of Parliament for Ampang
Ketua Wanita KeADILan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: