PERNYATAAN SOKONGAN PADU ADUN ADUN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TERHADAP KEPIMPINAN YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM

Kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) menyatakan sokongan padu kami kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor.

Kami yakin bahawa kenyataan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah bersifat politik dan pendakwaan terpilih (selective prosecution) untuk mencemarkan nama baik YAB Dato’ Menteri Besar. Berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman fitnah oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Dato’ Seri Khir Toyo, adalah jelas menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan yang cuba dikenakan adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahan pula, kuasa pendakwaan adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara. SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka berhubung satu penyiasatan sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Justeru itu, jelas bahawa kenyataan SPRM adalah di luar peraturan biasa dan boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan SPRM untuk mempengaruhi budibicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil. Kami menuntut supaya SPRM akan melaksanakan tugas secara bertanggungjawab, bebas dan telus.

Kami juga melihat ini adalah usaha jahat yang terancang oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dengan memperalatkan institusi-institusi seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Kami percaya kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus menjadi sasaran serangan fitnah UMNO dan Barisan Nasional dalam beberapa bulan yang akan datang.

Kami akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan mendokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus memimpin Negeri Selangor. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan dan kepedulian rakyat dengan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) demi kesejahteraan rakyat. Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi Negeri Selangor juga mencatatkan tahap yang cukup cemerlang dalam tempoh satu tahun semenjak Mac 2008.

Kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim untuk memimpin dan menerajui pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

21 Februari 2009

Video Sidang Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: