Eli: Saya tetap letak jawatan Exco dan Adun

Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami mempunyai peluang untuk hidup seperti rakyat biasa” – Elizabeth Wong

—————————————————————-

Eli: Saya tetap letak jawatan exco dan Adun
Feb 19, 09 3:08pm   malaysiakini.com
Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.”Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya – sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

“Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya – kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya – sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan – jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan – pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas untuk bercuti di luar negeri.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh hidup peribadi dan privasinya.

“Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

“Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, mudah diserang dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua kejadian yang mengelilingi hidup saya,” katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan dari semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam partinya.

“Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua.

Dalam kenyataan tersebut, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

“Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih meluas. Saya berharap perbincangan umum hendaklah bertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

“Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya,” katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.
Beliau juga merayu kepada pihak media serta para penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa dan ruang keselesaan kepadanya.

“Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami mempunyai peluang untuk hidup seperti rakyat biasa,” katanya.

One Response to “Eli: Saya tetap letak jawatan Exco dan Adun”

  1. Ambross Pakang Says:

    Eli,pepatah pernah mengatakan ‘seberat-berat mata memandang,berat lagi bahu memikul’dan ini lah situasi saudari sekarang,ya…mungkin ini adalah pilihan terbaik buat masa ini kerana saudari amat sukar utk menangkis semua ini dlm sekelip mata,tambahan lg sikap semua saluran tv di negara ini amat di kesali dgn cara mereka membuat penyempaian/berita.tapi saya yakin saudari akan kembali ke arena ini (politik) utk menebus segala perbuatan org yg melakukan/merancang/mengarah segala episod sedih ini,mereka bertindak seawal pru-12 yg lalu.ini lah cara politik di negara kita yg penuh dgn tipu muslihat,taktik kotor dan sebagainya.mereka senggup melakukan apa saja asalkan mereka dapat menjatuhkan seseorang-sebab dgn isu moral mereka boleh membuat 1001 jenis kaedah penyaluran utk sampai ke lubang cacing dan dengan satu harapan mereka akan di sokong oleh rakyat (konon)tp rakyat bukan ‘BODOH’,rakyat bukan kerbau cucuk hidung dan era politik sekarang bukan era politik tahun 60an or 70an lg,sebegitu sikap mereka RAKYAT akan bertambah rasa tidak puas hati seterusnya perasaan membenci mula menular dari mulut ke mulut dari hari ke hari.Oleh itu saudari Eli bangkit lah tebuslah ‘MERUAH DAN HARGA DIRI’ dan ‘KEJAR DAN CARI APA YANG HILANG’…..Heret mereka yg tdk bertanggungjawab ini ke gerbang ‘NERAKA’….rasakan mereka apa yg saudari Eli rasakan sekarang..akhir sekali BERDOA lah agar peristiwa ini akan pudar seperti air jatuh di daun keladi, @@@@ God Bless You @@@


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: