Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin

Siang tadi beliau (Menteri besar Perak telah menghadiri satu majlis berhampiran kuil Hindu.   Beliau disambut oleh ribuan penganut Hindu yang menyeru “Makkal Sakti, Makkal Sakti” sehingga menjadi tumpuan sekelian yang berada di situ.

Mass uprising, kebangkitan rakyat di Perak bukanlah sesuatu yang dipandu oleh sesiapa atau oleh mana-mana golongan tetapi merupakan isihati rakyat jelata yang tiada lagi dapat ditahan-tahan.

“Kita bertahan di atas landasan kebenaran…oleh sebab itu mendapat kepercayaan dan sokongan sekelian rakyat…”, kata MB Perak, Nizar Jamaluddin.

Hari ini juga Pemuda DAP telah berdemonstrasi di hadapan pagar pintu masuk kawasan pejabat Menteri Besar.

Perbuatan Umno-BN yang diketuai oleh TPM, Najib Razak di Perak kini telah diketahui umum dan dunia sebagai rampasan kuasa yang membelakangkan segala peruntukan undang-undang.   Umno -BN telah menegakkan sebuah kerajaan negeri haram yang tidak dapat diterima langsung oleh rakyat Perak.   Itu adalah kenyataan yang terserlah bagi sesiapa saja yang menelusuri bandar dan kampung di Perak.Lebih segera Umno-BN mengakui kenyataan itu, lebih kurang kebencian rakyat terhadap Umn0-BN.   Bahkan rakyat mungkin memaafkan sedikit perbuatan kelalunan mereka itu, menurut pendapat seorang pengunjung acara ceramah di Kediaman Menteri Besar Perak malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: