Sidang Media Ketua Wanita KeADILan 3 Februari 2009

Sidang media Ketua Wanita KeADILan  telah berlangsung petang semalam(3 Februari).   Ia adalah berkenaan diskriminasi gender Kementerian Pelajaran telah berlaku ke atas Noorfadilla Ahmad Saikin.   Noorfadilla telah ditarikbalik tawaran kerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu langat awal Januari 2009 lalu.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Wanita KeADILan, Rodziah Ismail yang juga EXCO kerajaan negeri Selangor, peguam yang mewakili Noorfadilla, Edmund Bon dan Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong.

Wanita KeADILan akan memastikan bahawa Noorfadilla dilayan secara adil menurut Perlembagaan dan ketetapan-ketetapan konvensyen antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.


Diskriminasi gender seumpama yang berlaku ke atas Noorfadilla sepatutnya tidak berlaku sama sekali di negara ini.   Ia mencerminkan sekali lagi betapa sebahagian dari kakitangan dan jentera kerajaan Malaysia sama sekali tidak peka atau tidak langsung memiliki kecelikan gender yang kehendaki dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan minda kelas pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: