Pilihanraya kecil Kuala Terengganu: Keputusan Rasmi

BN – 30,252 undi

PAS – 32,883 undi

BEBAS – 193 undi

PAS menang dengan undi majoriti 2,438.

———————————————————————————————-

Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan…
Jan 17, 09 11:19pm malaysiakini.com
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru,” kata beliau yang juga ketua umum PKR.

Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.

“Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.

“Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.

“Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan,” kata Anwar.

Semalam:

One Response to “Pilihanraya kecil Kuala Terengganu: Keputusan Rasmi”

  1. Anti-BN Says:

    Padan muka BN nak tunjuk PR jahat, tak jadi sebaliknya rakyat kata BN ni parti yang berjuang tak ikhlas dan pemimpin dan seluruh kroninya(TV3,Media prima dll..) bodoh.Tulah guna sangat pengundi hantu…..tu pun tak cukup. Sure menang besar kalau BN main dengan adil.

    Hidup PR,
    Tukar Kerajaan,
    Reformasi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: