Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(10)

Propaganda Umno-BN memberi gambaran kekalahan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu; scenario yang serupa seperti di Pematang Pauh.

Status kemenangan tidak boleh ditentukan lagi oleh propaganda Umno-BN. Rakyat Terengganu kini telah melihat dan boleh membandingkan pentadbiran kerajaan mana yang boleh memimpin rakyat Kuala Terengganu dengan adil.

Sentuhan kepada para pengundi terus berlangsung di berbagai tempat, khususnya yang masih berstatus 50-50.

Keadaan yang sengit memaksa Umno-BN menggunakan taktik yang tidak bersih dan menabur habuan-habuan untuk meaih undi.   Kain rentang yang provokatif seperti “PAS does not need Chinese votes to win” dan “PKR bukan parti Melayu”.   Begitulah terdesaknya Umno-BN.

Dalam perkembangan lain, Seri Paduka Baginda telah diberitakan akan ke Kuala Terengganu.   Itu suatu berita yang menggembirakan bagi sekelian rakyat yang berada di Kuala Terengganu.

——————————————————————————————–

‘Isu etika’ punca ketua p’raya KT berundur
Jan 16, 09 1:17pm
Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.mat razali kassim spr ec kuala terengganu by electionDatuk Mat Razali Kassim (foto), yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri secara mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai “berat sebelah” dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandaraya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui surat, telefon, mesej SMS dan pemerhatian suruhanjaya itu sendiri berhubung perkara tersebut.

Beliau menafikan penarikan diri Mat Razali semata-mata akibat desakan pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk pesuruhjaya negerinya Datuk Mustafa Ali.

“Sebagai pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

“Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak,” kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

“Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

“Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan.”

Beliau berkata, keputusan menggantikan Mat Razali dengan setiausaha MBKT Wan Mustafa Wan Hassan dibuat selepas menerima surat penarikan diri datuk bandar itu dan ia diputuskan dalam satu mesyuarat SPR yang disertai oleh semua anggotanya.

“Saya tidak fikir ia (penarikan diri) akan membawa kesan (negatif) kepada SPR,” katanya.

Abdul Aziz berharap pilihanraya kecil parlimen esok dapat mencipta rekod dengan jumlah keluar mengundi sehingga 90 peratus daripada 80,229 pemilih.

Katanya, pilihanraya kecil ini telah berjaya mencatatkan rekod apabila kehadiran 40,000 penyokong BN dan PAS di hari penamaan calon 6 Januari lepas berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tambahnya, keputusan pilihanraya kecil itu dijangka boleh diperoleh selewat-lewatnya 10.30 malam.

Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: