Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(8)

Dapatan terkini dari lapangan memberikan beberapa gambaran tentang kemungkinan keputusan pada hari mengundi, 17 Januari 2009.

Tanpa bergantung kepada undi pos yang telah berlalu beberapa hari lepas, semua pasukan bertugas Pakatan Rakyat perlu meningkatkan usaha dalam ops anjak bagi menambah sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Wahil Endut.

Tumpuan dan penekanan program-program dalam dua hari ini ialah kepada pengundi atas pagar (40%) dan pengundi totok yang berpihak kepada BN(20%).

Dua hari ini adalah waktu yang sungguh kritikal.   Persiapan ke arah memperkemas jentera untuk hari mengundi dan informasi untuk PACABA(polling agent, counting agent, barong agent) amatlah mustahak dibereskan.

Koordinasi yang  cermat, teratur dan tepat di antara PAS, KeADILan, dan DAP adalah kunci kejayaan calon Pakatan Rakyat memenangi kerusi P036 Kuala Terengganu.   Kemenangan bersyarat itu amat cerah sekiranya para pimpinan parti saling melengkapkan peranan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di hari mengundi.

Rata-rata rakyat Kuala Terengganu, termasuk para pengundi BN, mahukan perubahan dan anjakan pemikiran oleh bakal wakil rakyat yang diyakini senantiasa boleh memelihara kebajikan rakyat.   Wang ringgit semata-mata sudah tidak menjadi perkiraan rakyat jelata.   Keikhlasan rakyat akan diukur bukan pada tulisan-tulisan di kain rantang, sepanduk dan propaganda, tetapi kepada apa yang lahir dari hati bakal-bakal calon.   Telah berkata al-Ghazali, bahawa apa yang tersirat di hati, lambat-laun akan tercerna pada tindakan dan ucapan.   Ia akan dizahirkan oleh Allah, pencipta sekelian manusia dan alam semesta.

Diulangi kata-kata seorang pengundi Cina muda di Kuala Terengganu,

“Semoga berjaya, (Pakatan Rakyat).”

Gambar di bawah menunjukkan kawasan penduduk Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu yang masih berisiko menerima bencana banjir:

Galeri gerak kerja semalam:

Dalam perkembangan lain, dapatan dari lapangan, isu Hudud memang tidak memberi kesan besar kepada corak pemilihan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Penimbulan isu Hudud di saat ini tidak menambah nilai kepada mana-mana parti yang bertanding.

Seorang pengundi di suatu kawasan telah dimaklumkan tentang taktik petugas BN yang mengedar dakyah dengan mengeluarkan Buletin yang diberi nama Buletin Kuala dengan menggunakan lambang PAS, KeADILan dan DAP. Keadaan sungguh terdesak bagi BN sehingga sanggup melakukan perkara buruk yang terkutuk ini – oleh manusia dan Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: