Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(8)

Hujan di hari ke sembilan kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu dianggap seperti hari-hari kempen biasa oleh para petugas Wanita KeADILan.   Bahkan gerakan ops anjak dipergiatkan di berbagai kawasan sepanjang hari.   Para pengundi rata-rata menyambut mesra kehadiran Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, yang telah turun padang di Kuala Terengganu sekembalinya dari tugas-tugas di Sarawak.   Beliau akan menghadiri beberapa program malam ini, termasuk berceramah di Wakaf Mempelam.

Turut berada di Kuala Terengganu ialah Naib Ketua Wanita KeADILan, Haniza Talha yang akan menjadi salah seorang penceramah malam ini di Pejabat Perhubungan Negeri KeADILan, Gong Kapas.

Team Wanita KeADILan telah hadir dengan menggembleng segala keupayaan di Kuala Terengganu untuk memenangkan calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Bacaan dari lapangan masih 50-50; para petugas Wanita KeADILan sentiasa peka dan melipatgandakan usaha dalam gerak kerja dinamik yang di susun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: