PERUTUSAN TAHUN BARU 2009 KETUA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

Maju menyusun gugusan ke arah perubahan dalam pentadbiran negara

 

Suka duka 2008 telah berlalu, dengan permulaan yang gilang-gemilang PAKATAN RAKYAT memenangi 81 kerusi dalam pilihanraya ke-12, Mac 2008.

Kemenangan itu menandakan juga titik permulaan PAKATAN RAKYAT dalam usaha melengkapkan demokrasi tulen di Malaysia, mengembalikan Ketuanan Rakyat jelata.

 

Dengan penuh kesedaran bahawa rakyat inginkan perubahan berlaku sesegera yang mungkin, Wanita KeADILan akan meningkatkan usaha menyusun langkah dan tindakan agar sentiasa selaras dengan aspirasi rakyat dan mendokong amanah yang dipertanggungjawabkan dengan segala kemampuan dan kegigihan yang merentasi kemahiran-kemahiran sedia ada.

 

Walaupun Wanita KeADILan telah memainkan peranan penting dalam setiap pilihanraya umum/kecil dan insiden-insiden yang memerlukan kehadiran dan kecekapan Wanita keADILan membantu, masih ada ruang bagi Wanita KeADILan memperkemaskan jentera, gerak kerja dan sistem aliran tugasan dalam sayap parti Wanita KeADILan.

 

Perubahan lanskap politik negara tetap akan berlaku dengan sokongan dan desakan  rakyat.    Wanita KeADILan bersedia bersama-sama dalam PAKATAN RAKYAT mentadbir negara apabila ianya berlaku kelak.

 

Tahun 2009 akan terus mempamerkan keyakinan dan komitmen Wanita KeADILan dalam mengangkat Agenda Rakyat menerusi permuafakatan PAKATAN RAKYAT demi membina negara yang adil dan bermaruah.

 

Selamat Tahun Baru 2009 kepada seluruh warga Malaysia!

 

 

 

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

 

Januari 1, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: