JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

Salam & Selamat Sejahtera
RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN

The cyclists’ last stop on 17th Dec 2008, 5.00pm will be in Taman Medan @ PUSAT KHIDMAT RAKYAT TAMAN MEDAN, 25 Jln PJS 1/32, Tman Medan Pejasa off Jln Klang Lama, 46150, Petaling Jaya before they go to Parliament the next day.

Telephone: 03-77812151 (Office), 03-77818704 (Fax).

Tmn Medan will host a tea break for the cyclists after their long ride before meeting the PM at Parliament.

————————————————————————————————————–
Below is the event that has been launched by the MB Sgor.

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

72 B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Tel/Fax : 03-87370766 Email: jerit2002@gmail.com www.jerit.org

___________________________________________________________

MB SELANGOR MEGAH melancarkan

KEMPEN BASIKAL JERIT “RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN”

Sabtu 29/11/2008-

YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR TELAH MENYATAKAN SOKONGAN PENUH DAN MELANCARKAN KEMPEN BASIKAL JERIT ‘RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN’ PADA 29 NOVEMBER 2008 DI PERKARANGAN STADIUM MELAWATI

Program telah bermula dengan lagu “Power to People” memang tepat dengan program pelancaran. Kebanyakan orang yang hadir , memakai T-shirt JERIT merah memberi identiti tersendiri kepada majlis ini. Pengerusi Majlis memulakan program dengan sedikit pengenalan mengenai JERIT. Ucapan pertama adalah oleh Saudari Kohila , Penyelaras JERIT. Dalam ucapan beliau telah mengatakan bahawa Kempen Basikal ini diadakan untuk membawa mesej kesedaran kepada rakyat bahawa hanya mereka sahaja yang boleh membawa Perubahan Tulen dalam negara. Beliau juga telah menyeru semua orang untuk memberi sokongan kepada delegasi basikal apabila mereka sampai dikawasan-kawasan mereka dan seterusnya turun pada 18 Disember 2008 untuk hantar memorandum ke Parlimen.

Setelah ucapan beliau, satu team delegasi basikal telah mengayuh masuk di hadapan pentas. Dan wakil-wakil dari rakyat telah memberi 6 tuntutan JERIT kepada YAB Menteri Besar yang mangantungnya atas setiap basikal. Setelah itu YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid telah memberi ucapan pelancaran beliau. YAB Tan Sri Khalid telah mengatakan bahwa beliau megah dalam melancarkan program Kempen Basikal ini. Beliau juga telah menyatakan bahawa adalah perlu Gerakan seperti JERIT untuk mengingatkan tanggungjawab Kerajaan Pakatan Rakyat. Tambah Tan Sri Khalid Ibrahim, tuntutan JERIT adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor dan memberi sokongan penuh kepada kempen JERIT. Setelah ucapan pelancaran, beliau telah memotong belon yang dan seterusnya melancarkan Kempen Basikal JERIT.

Setelah itu slogan Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan ! dilaungkan dan majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier yang telah membantu JERIT dalam mengadakan pelancaran ini.

Kempen  Basikal JERIT Rakyat Pengayuh Perubahan adalah satu inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang akan berbasikal ke seluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat,  isu global seperti alam sekitar dan krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.

Kempen Basikal ini akan bermula di 2 lokasi utama dari Utara dan Selatan pada 3/12/2008 dan akan sampai ke perkarangan Parlimen Kuala Lumpur pada 18/12/2008 dimana memorandum dijangka dihantar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang jalan para peserta akan mengedarkan risalah kesedaran dan juga menghantar memorandum kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri yang disinggahnya. Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah dimaklumkan

Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” akan membawa isu dan masalah rakyat yang sebenar kepada platform nasional. Kami menyeru  rakyat biasa untuk menyertai dan menyahut panggilan kami untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Disertakan disini senarai organisasi dan individu yang menyokong Kempen dan Tuntutan ” Rakyat Pengayuh Perubahan”

1. YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim

2. YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

3. YB Timbalan Ketua Menteri Prof Dr P.Ramasamy

4. Kerajaan Negeri Selangor

5. Kerajaan Negeri Perak

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

7. Kerajaan Negeri Kedah

8. ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir

9. ADUN Seri Andalas dan Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier

10. ADUN Bukit Lanjan & Exco Negeri Selangor YB Elizabeth Wong

11. MP Sungai Siput Dr Jeyakumar

12. MP  Batu Gajah YB Fong Poh Kuan

13. MP Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli

14. ADUN TEJA, YB Chang Lih Khang

15. Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago

16. ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha

17. ADUN Pandamaran dan Exco Negeri Selangor YB Ronnie Liu

18. ADUN Kinrara , MP Seputeh, Exco Kanan Negeri Selangor YB Teresa Kok

19. ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai

20. ADUN Rawang YB Gan Pei Nei

21. ADUN Kota Alam Shah YB Manogaran

22. ADUN Sri Muda Yb Suhaimi

23. MP Kapar YB Manickavasagam

24. MP Bukit Gantang YB Roslan Sharom

25. MP PJ Selatan Yb Hee Loy Sian

26. Parti Sosialis Malaysia

27. Parti Rakyat Malaysia

28. Parti Islam Semalaysia (PAS)

29. Parti Keadilan Rakyat

30. Democratic Action Party

31. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

32. KOMAS

33. PERMAS

34. DEMA

35. Empower

36. Centre for Orang Asli Concern (COAC)

37. People’s Parliament

38. Civil Right Commitee of Kuala Lumpur& Selangor  Chinese Assembly Hall.

39. Youth Section of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall

40. Women’s Aid organisation (WAO)

41. Migrant Care

42. LLG Cultural Development Centre

43. All Women’s Action Society ( AWAM)

44. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)

45. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)

46. DAP PJU Parliament Liaison

47. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)

48. Centre for Independent Journalism (CIJ)

Malaysian Trade Union Congress (MTUC)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: