Updates Bukit Antarabangsa Landslide: 1515 hrs

Menteri JKR, Dato’ Mohd Zin Mohamad telah melawat tapak bencana.

Beliau mengumumkan bahawa jalan dua hala akan siap dalam masa dua hari lagi.

Dengan itu malam ini juga seperti semalam, dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00pagi esok, laluan sementara di Taman Bukit Mewah akan ditutup bagi melicinkan kerja-kerja pelebaran jalan.

Dari Ketua Opearsi Wanita keADILan, Puan Salmah merayu agar sukarelawantampil kerana masih diperlukan sepanjang operasi membantu mangsa-mangsa yang masih berterusan.

Maxis telah menambah keupayaan perkhidmatannya di Bukit Antarabangsa. Penggunaan network Maxis telah melebihi 75% di kawasan tersebut.   itu termasuk perkhidmatan broadband:

“Jalan Tikus” menjadi pilihan penghuni dan petugas kerana ia lebih mudah dan hampir bagi mereka yang tiada kenderaan yang ingin keluar masuk dari kawasan yang terlibat dengan tanah runtuh.  Kereta-kereta di letak berhampiran Jalan Tikus bagi mengelak kesesakan yang saban waktu berlaku di jalan berhampiran tanah runtuh di Taman Bukit Mewah yang menjadi tumpuan operasi.

Jalan Tikus tembus ke Taman Bukit Jaya (sebelah kiri) dan Taman Bukit Utama (sebelah kanan).

Sekarang ini (1515hrs) di Bukit Antarabangsa hujan lebat dan kerja-kerja infrastruktur dan pemindahan tentunya terganggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: