Latest from Bukit Antarabangsa

Pihak Tentera dan JKR akan menyiapkan sebuah lagi laluan, menjadikan laluan sementara yang ada kepada laluan dua hala bagi kegunaan kenderaan mangsa tanah runtuh dan petugas di tapak bencana Bukit Antarabangsa. Seorang pegawai kanan Tentera, Dato’ Azman telah memberitahu One Stop Centre (OSC) di Pusat Khidmat Bencana DUN Bukit Antarabangsa yang dikendalikan oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali bahawa laluan yang ada ketika ini akan ditutup dari jam 12.00 tengah malam ini hingga 6.00 padi esok bagi kerja-kerja melebarkan jalan dan pembinaan sebuah lagi jambatan. Bagi keperluan segera tempat kediaman, mangsa-mangsa tanah runtuh yang sedang berkhidmat dan menjadi pesara kerajaan boleh memohon untuk menduduki kuarters kerajaan. Sila hubungi Bahagian Pengurusan hartanaah, Jabatan Perdana Menteri untuk diperuntukkan peneempatan kuarters sementara di Putrajaya atau datang ke Kaunter bergerak JPM bersebelahan khemah Bulan Sabit Merah. Alamat Pejabat: Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM, Aras 4, Blok B3 Komplels Jabatan PM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 WP Putrajaya. Telefon : 014-3274250, 016-7576013, 017-2337940, 012-2171172 Pos Malaysia pula menyediakan lori dan kotak-kotak bagi kemudahan mangsa-mangsa untuk memindahkan barang-barang mereka. Sila hubungi 03-22756677 untuk bantuan logistik bagi tujuan perpindahan atau 0392840645 untuk bantuan penghanaran surat, dokumen atau bungkkusan ke alamat pengeposan baru mangsa-mangsa tananh runtuh Bukit Antarabangsa. Surat-surat biasa mangsa boleh didapati di bilik operasi mel di Pusat pemindahan mangsa tanah runtuh di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dibuka hari ini dari jam 10.00 pagi tadi hingga jam 5.00 petang hari ini di tapak bencana(Belakang Stesen Minyak Petronas Jalan Wangsa 4). Permohonan boleh dibuat untuk gantian Mykad bagi mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang masih terus menyediakan makanan kepada 1000 petugas dan mangsa. Sukarelawan tetap terus diperlukan untuk membantu menyediakan menu dari pagi hingga malam. Para sukarelawan adalah dipelawa memberi khidmat di pusat tersebut.

Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah telah melawat dan membantu di Pusat Pemindahan mangsa tanah runtuh dan tapak bencana di Bukit Antarbangsa hari ini.   Turut bersama beliau ialah isteri Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, Puan Samsidar dan isteri Adun Hulu Kelang, Puan Aliza Jaafar dan Exco Wanita Pusat, Puan Salmah Ismail dan Ahli majlis Ampang Jaya,  En Izzuddin:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: