Bencana Bukit Antarabangsa: 12/12/08 21:12pm

Kerja-kerja membantu mangsa akan diteruskan sehingga 16hb Disember 2008.

Pihak Bulan Sabit Merah yang bertungkus-lumus membantu sejak hari pertama kejadian, kini diperlukan juga ditempat lain seperti Johor untuk membantu mangsa banjir di sana pula.

Oleh itu, pengganti sukarelawan amatlah diperlukan esok dan hari-hari seterusnya sehingga 16 Disember 2008.

Tinjauan siang tadi menapati bahawa ada keluarga yang tidak makan nasi selama dua hari.   Team KeADILan telah mengurus keadaan mereka yang tinggal di Taman Bukit Jaya.

Sebelum ini sepasang suami isteri telah juga datang ke Pusat Pemindahan di Sek. Keb. Hulu Kelang mengadu bahawa makanan tidak sampai ke tempat mereka ketika terperangkap akibat tanah runtuh.   Merek juga tinggal di Taman Bukit Jaya.

Team KeADILan telah memperbaiki keadan kedua-dua keluarga tersebut menurut keperluan semasa mereka.

Sewajarnya menjadi amalan para petugas untuk sentiasa merisik keadaan mangsa.   Database sudah diwujudkan bersama Majlis Perbandaran Ampang yang mengeluarkan pas masuk dan keluar dari kawsan terperangkap tanah runtuh di situ.

Sistem kenderaan shuttle pula harus diperbaiki perkhidmatannya agar mangsa tidak begitu lama menunggu bila memerlukan bantuan kenderaan.Ada di antara mangsa adalah orang tua dan mungkin tidak sanggup menunggu begitu lama dan dalam keadaan yang tidak selesa.

Esok jalan dua hala dijangka siap dibina dan berharap ia akan meredakan kesesakan lalu-lintas di kawasan tanah runtuh.

Sukarelawan di Bukit Antarabangsa dan Sek. Keb. Hulu Kelang:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: