Bencana Tanah Bukit Mewah: Rayuan bantuan dari orang ramai

Bagi melancarkan kerja-kerja pemindahan mangsa dan pengembalian kemudahan-kemudahan asas dengan sempurna dan segera, keperluan yang disenaraikan di bawah amatlah diperlukan di tapak kejadian Taman Bukit Mewah:

1. Generator

2.Lilin

3.Pembuka tin

4.Lampu suluh (torchlight)

5.Air mineral

6.Thermos (bekas mengisi air panas)

Untuk memberi sumbangan berkenaan, sila hubungi Exco Wanita KeADILan, Puan Salmah: 019-2436573

———————————————————————————————

Pusat Pemindahan Bencana Tanah Runtuh Taman Bukit Mewah di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang menjangkakan akan menerima kira-kira 500 orang lagi penduduk yang dipindahkan dari kawasan sekitar tanah runtuh yang berisiko tinggi itu.

Pasukan Wanita KeADILan Selangor yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wanitanya, Dr Daroya telah berada di Pusat tersebut sepanjang hari menerima dan mengurus mangsa dan penduduk yang terlibat.  Pasukan Adun dan Ahli Parlimen Selangor(Parlimen Ampang, Bandar Tun Razak, Selayang, Dun Templar, Berembang, Kota Anggerik, Hulu Kelang, dll.).   Badan-badan bukan kerajaan, JIM, Bulan Sabit Merah dan RELA juga membantu.Beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menghulurkan bantuan yang diperlukan.   

Kebanyakan mangsa dan penduduk hanya transit di pusat pemidahan tersebut.   mereka akan beredar ke rumah ahli keluarga masing-masing.   Hanya beberapa keluarga sahaja yang memilih untuk tinggal di pusat pemindahan tersebut.

Pemindahan penduduk dari Taman Mewah dan sekitarnya sebahgaiannya masih menggunakan helikopter.

Pusat kesihatan juga telah diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada mangsa dan penduduk yang memerlukan bantuan kesihatan.

Pengurusan makanan dan minuman dan pakaian mangsa dan penduduk (kerana kesemua yang terlibat tidak membawa sebarang persalinan) adalah dibawah seliaan Parlimen Ampang.

EXCO Kerajaan Negeri Selangor bersama Ahli Parlimen PJ Selatan telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan status keadaan di Taman Bukit Mewah dan seluruh kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang.

Menurut Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Negeri Selangor bagi Alam Sekitar, kerjaan akan menilai semula aspek-aspek keselamatan perumahan di seluruh kawasan itu dan akan memetakan kawasan-kawasan mengikut darjah risikonya.   Rakyat perlu diberitahu tentang perkara yang sebenar.

Seorang sukarelawan sedang membantu seorang ibu yang keletihan melayan anak-anaknya.

 

 

 

 

 

Para sukarelawan lain di Pusat Pemindahan tersebut:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: