Kenyataan Media: Saranan Mukhriz”Satu Sistem Pendidikan” Berniat Politik

Kenyataan Media
2 Disember 2008

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) membantah keras kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan “pelaksanaan satu sistem pendidikan” yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman bagi membantu kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut.

Di dalam laporan akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Melayu boleh pertikai ketuanan ekonomi, wujudkan sekolah satu aliran: Mukhriz” pada 2 Disember 2008 dan laporan Malaysiakini yang bertajuk “Mukhriz: Close Down Vernacular School” pada 1 Disember 2008, Mukhriz mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular di negara ini ditutup sebagai reaksi kepada pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang mempersoalkan ketuanan Melayu.

Menyedari Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, KeADILan berpendirian bahawa adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Hal ini kerana hanya dengan menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini, akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Maka cadangan Mukhriz berkenaan”Satu Sistem Pendidikan” yang jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai “pejuang bangsa Melayu” supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum.

Sekiranya Mukhriz benar-benar seorang “pejuang bangsa Melayu”, beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.

Hakikatnya sebagai calon yang bakal memimpin barisan Pemuda Umno, Mukhriz telah gagal mengemukakan pandangan yang lebih terbuka dari segi pendidikan tetapi mengikut jejak lama pemimpin sekarang yang bersifat perkauman, malah lebih ekstrim bagi melanjutkan polisi perkauman Umno-BN.

Akhirnya KeADILan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan provokasi Mukhriz yang cuba mengapi-apikan pergaduhan kaum demi kepentingan politik sendiri, dan terus menggesa kerajaan BN kembali kepada sistem pendidikan yang adil kepada semua.(tamat)

NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai, WP

One Response to “Kenyataan Media: Saranan Mukhriz”Satu Sistem Pendidikan” Berniat Politik”

  1. ANAK MALAYSIA Says:

    every human in this world must respect among each other…..in this case,the government leaders can improve our education system in our country but we(rakyat) begging mukhriz too think twice before demolish the venarcular school system.

    Let the people decide what is best for their next future generation,not the politician.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: