Adakah akan berlaku setiap kali berkuasa manusia itu lupa siapa dirinya?

Laporan dedah kelemahan MB T’ganu
Muda Mohd Noor | Apr 17, 09 4:26pm malaysiakini.com
kemaskini 7.17pm Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu – didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan – yang menjadi asas kemarahan mereka.

Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh – dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.

Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.

Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.

“Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri,” laporan itu dipetik.

Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.

Laporan tanpa tarikh itu – yang diperolehi Malaysiakini hari ini – juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap “tidak tepat.”

Menteri besar juga didakwa “membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008.”

“Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar,” laporan itu dipetik.

Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.

Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam.

“Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN,” katanya.

Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.

Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.

Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.

Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar.

“Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu,” katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu.

Pergeseran antara menteri besar dengan 10 ADUN ini dijangka akan selesai dalam tempoh sebulan lagi.

Pasca Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu

Data-data awal Dun Bandar menunjukkan bahawa calon Pakatan Rakyat telah meraih banyak undi dari pengundi-pengundi Umno-BN Mac 2008.

Majoriti besar dengan bilangan 442 undi telah diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat berbanding tewas dengan majoriti 284 Mac 2008.

Undi Umno-BN telah merosot sebanyak 450 undi berbanding Mac 2008 lalu.   7247(2008), 6797 (2009).

Calon Pakatan Rakyat memperoleh 6955 undi, manakala BN 6797.   Perbezaan undi ialah 158 undi.   Undi majoriti BN di Dun Bandar pada 2008 ialah 284 undi.   Dengan itu, jumlah pertambahan undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu ialah 442 undi.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu: Keputusan Rasmi

BN – 30,252 undi

PAS – 32,883 undi

BEBAS – 193 undi

PAS menang dengan undi majoriti 2,438.

———————————————————————————————-

Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan…
Jan 17, 09 11:19pm malaysiakini.com
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru,” kata beliau yang juga ketua umum PKR.

Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.

“Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.

“Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.

“Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan,” kata Anwar.

Semalam:

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu: Keputusan tidak rasmi

PAS mencatat kemenangan dengan undi majoriti, bersama lebih kurang 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat berada di luar dewan.

Butiran lanjut akan menyusul kemudian.

Update: Pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Dijangkakan calon Pakatan Rakyat mendapat 60 peratus daripada jumlah undi yang dibuang. Peratus yang keluar mengundi ialah 78 peratus.

Diberitakan bahawa Najib Razak telah pulang awal.

Di pusat mengundi Sek. Keb. Gong Kapas, pertelingkahan antara penyokong PAS & Umno telah tercetus ekoran dari percubaan sebuah motokar membawa lambang BN ke dalam kawasan pusat mengundi. Walau bagaimanapun, polis telah berjaya menghalang pertelingkahan tersebut daripada terus berlaku.

Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu (12)

1409hrs

Pagi tadi, kira-kira jam 9.00 am, di Sekolah Kebangsaan Losong (Daerah mengundi Losong) hanya saluran dua yang dikunjung oleh para pengundi.   Saluran-saluran lain masing kosong.

Di daerah mengundi Hiliran Masjid juga kunjungan pengundi rendah.

Laporan-laporan dari beberapa tempat lain juga menyatakan bahawa ramai pengundi masih melengah-lengahkan diri untuk membuang undi.

Cuaca baik(setakat ini, ramalan kaji cuaca meleset), sepatutnya menggalakkan pengundi keluar awal.   Tetapi itu tidak berlaku.

Jalan-jalanraya di Kuala Terengganu sudah sesak dengan kenderaan.

Walaupun pada awalnya bilangan petugas sedikit di pagi hari, ia semakin bertambah.   Suatu insiden pergaduhan kecil telah berlaku di Gong Kapas.

Sekolah Menengah Chung Hwa menyaksikan para pengundi yang terus-menerus datang.    Kajian Merdeka Centre mengenai pengundi Cina adalah serupa dengan dapatan di lapangan.   Ketika kempen, para pengundi Cina telah menerima para petugas dengan senyuman dan pernyataan sokongan.

Di setengah-setengah kawasan Melayu sokongan lebih 70% adalah berpihak kepada calon Pakatan Rakyat, khususnya kawasan-kawasan di Dewan Undangan Wakaf  Mempelam.

Sengitnya persaingan ialah dalam usaha pengembangan undi di tempat dan saluran-saluran calon Pakatan Rakyat tewas.

Kemenanagan Pakatan Rakyat di kala ini kelihatan lebih jelas; walau bagaimanapun dalam perjuangan politik apa-apapun boleh berlaku.
Gambar menunjukkan isteri calon dan anak sulong mereka, memberi sepenuh sokongan dan dokongan :

Dikhuatiri jika Umno-BN terdesak, kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingin mungkin terbit.   Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengulangi arahan-arahan untuk sentiasa berwaspada dan menggembling usaha memastikan setiap undi berpihak kepada calon Pakatan Rakyat.

Akan kembali lagi lewat petang nanti…

pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(11)

Hari ini hari penentuan bagi kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu.

Pakatan Rakyat telah meneruskan kempen hingga ke saat akhir.

Hari ini para pengundi, pemilih wakil rakyat kawasan Parlimen P036 perlu keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Setiap petugas telah diletakkan ditempat tugasan masing-masing.   Sebarang insiden penipuan, pengambilan kad pengenalanpengundi dan pengundi hantu akan diperhatian dan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pengundi Kuala Terengganu perlu bekerjasama dengan semua para petugas bagi memastikan pilihan Raya Kecil ini tidak berlaku diskriminasi dan penyelewengan dalam apa jua bentuk.

Dalam keadaan beberapa tempat, khususnya di kawasan penduduk Melayu, yang masih sengit, komitmen yang tinggi para petugas dengan bantuan masyarakat setempat perlu berlaku sepanjang hari mengundi hari ini.  Bantuan dari sudut menyediakan khidmat dan pengangkutan bagi mereka-mereka yang lemah, sakit dll.   dan menggesa aahli-ahli keluarga untuk pergi menunauikan tanggungjawab mengundi seawal mungkin.

Kekemasan dan kecekapan barisan PACABA menjadi benteng yang akan menjadi the finishing line yang boleh menentukan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Wahid Endut hari ini.

Kepada rakyat Kuala Terengganu, sila lapor sebarang kepelikan dan penyelewengan kepada talian ini: 019-2436573

atau melaporkannya di khemah-khemah PAS yang ada petugas.

Sekitar acara semalam:

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(10)

Propaganda Umno-BN memberi gambaran kekalahan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu; scenario yang serupa seperti di Pematang Pauh.

Status kemenangan tidak boleh ditentukan lagi oleh propaganda Umno-BN. Rakyat Terengganu kini telah melihat dan boleh membandingkan pentadbiran kerajaan mana yang boleh memimpin rakyat Kuala Terengganu dengan adil.

Sentuhan kepada para pengundi terus berlangsung di berbagai tempat, khususnya yang masih berstatus 50-50.

Keadaan yang sengit memaksa Umno-BN menggunakan taktik yang tidak bersih dan menabur habuan-habuan untuk meaih undi.   Kain rentang yang provokatif seperti “PAS does not need Chinese votes to win” dan “PKR bukan parti Melayu”.   Begitulah terdesaknya Umno-BN.

Dalam perkembangan lain, Seri Paduka Baginda telah diberitakan akan ke Kuala Terengganu.   Itu suatu berita yang menggembirakan bagi sekelian rakyat yang berada di Kuala Terengganu.

——————————————————————————————–

‘Isu etika’ punca ketua p’raya KT berundur
Jan 16, 09 1:17pm
Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.mat razali kassim spr ec kuala terengganu by electionDatuk Mat Razali Kassim (foto), yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri secara mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai “berat sebelah” dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandaraya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui surat, telefon, mesej SMS dan pemerhatian suruhanjaya itu sendiri berhubung perkara tersebut.

Beliau menafikan penarikan diri Mat Razali semata-mata akibat desakan pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk pesuruhjaya negerinya Datuk Mustafa Ali.

“Sebagai pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

“Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak,” kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

“Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

“Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan.”

Beliau berkata, keputusan menggantikan Mat Razali dengan setiausaha MBKT Wan Mustafa Wan Hassan dibuat selepas menerima surat penarikan diri datuk bandar itu dan ia diputuskan dalam satu mesyuarat SPR yang disertai oleh semua anggotanya.

“Saya tidak fikir ia (penarikan diri) akan membawa kesan (negatif) kepada SPR,” katanya.

Abdul Aziz berharap pilihanraya kecil parlimen esok dapat mencipta rekod dengan jumlah keluar mengundi sehingga 90 peratus daripada 80,229 pemilih.

Katanya, pilihanraya kecil ini telah berjaya mencatatkan rekod apabila kehadiran 40,000 penyokong BN dan PAS di hari penamaan calon 6 Januari lepas berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tambahnya, keputusan pilihanraya kecil itu dijangka boleh diperoleh selewat-lewatnya 10.30 malam.

Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(9)

Beberapa acara hari ini:

Penyerahan memorandum mansuhkan PPSMI di Pejabat Perhubungan Negeri Terengganu telah diterima daripada gabungan yang dikenali sebagai Majilis Permuafakatan Rakyat Terengganu yang didokong oleh 30 NGO.

Anwar Ibrahim dan Abd Hadi Awang telah berucap menyokong pemansuhan PPSMI ini.


Turut hadir ialah Zaid Ibrahim dan Raja Petra.

Selepas itu, Anwar Ibrahim dan calon, Abd Wahid telah menemui para pengundi di Mydin Mall.
Ucapan ringkas oleh beberapa Ahli Parlimen telah berlangsung di perkarangan kompleks beli-belah tersebut.

Seorang India ketika ditemui telah berkata:
“As far as the Indians are concerned, BN is finished! No more!”

Berikut gambar-gambar Program anjuran Wanita KeADILan di Tg Paya:

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu(8)

Dapatan terkini dari lapangan memberikan beberapa gambaran tentang kemungkinan keputusan pada hari mengundi, 17 Januari 2009.

Tanpa bergantung kepada undi pos yang telah berlalu beberapa hari lepas, semua pasukan bertugas Pakatan Rakyat perlu meningkatkan usaha dalam ops anjak bagi menambah sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Wahil Endut.

Tumpuan dan penekanan program-program dalam dua hari ini ialah kepada pengundi atas pagar (40%) dan pengundi totok yang berpihak kepada BN(20%).

Dua hari ini adalah waktu yang sungguh kritikal.   Persiapan ke arah memperkemas jentera untuk hari mengundi dan informasi untuk PACABA(polling agent, counting agent, barong agent) amatlah mustahak dibereskan.

Koordinasi yang  cermat, teratur dan tepat di antara PAS, KeADILan, dan DAP adalah kunci kejayaan calon Pakatan Rakyat memenangi kerusi P036 Kuala Terengganu.   Kemenangan bersyarat itu amat cerah sekiranya para pimpinan parti saling melengkapkan peranan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di hari mengundi.

Rata-rata rakyat Kuala Terengganu, termasuk para pengundi BN, mahukan perubahan dan anjakan pemikiran oleh bakal wakil rakyat yang diyakini senantiasa boleh memelihara kebajikan rakyat.   Wang ringgit semata-mata sudah tidak menjadi perkiraan rakyat jelata.   Keikhlasan rakyat akan diukur bukan pada tulisan-tulisan di kain rantang, sepanduk dan propaganda, tetapi kepada apa yang lahir dari hati bakal-bakal calon.   Telah berkata al-Ghazali, bahawa apa yang tersirat di hati, lambat-laun akan tercerna pada tindakan dan ucapan.   Ia akan dizahirkan oleh Allah, pencipta sekelian manusia dan alam semesta.

Diulangi kata-kata seorang pengundi Cina muda di Kuala Terengganu,

“Semoga berjaya, (Pakatan Rakyat).”

Gambar di bawah menunjukkan kawasan penduduk Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu yang masih berisiko menerima bencana banjir:

Galeri gerak kerja semalam:

Dalam perkembangan lain, dapatan dari lapangan, isu Hudud memang tidak memberi kesan besar kepada corak pemilihan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Penimbulan isu Hudud di saat ini tidak menambah nilai kepada mana-mana parti yang bertanding.

Seorang pengundi di suatu kawasan telah dimaklumkan tentang taktik petugas BN yang mengedar dakyah dengan mengeluarkan Buletin yang diberi nama Buletin Kuala dengan menggunakan lambang PAS, KeADILan dan DAP. Keadaan sungguh terdesak bagi BN sehingga sanggup melakukan perkara buruk yang terkutuk ini – oleh manusia dan Tuhan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.