MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BERSAMA DATO’ SERI PRESIDEN

Wanita Keadilan akan menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada hari esok (Khamis) bermula jam 4.00 petang bertempat di Pejabat Wanita Keadilan Pusat, Tropicana. Turut hadir ialah Ketua Wanita Keadilan, YB Hajjah Zuraida Kamaruddin.

Semua anggota Wanita Keadilan dijemput hadir!

About these ads

One Response to “MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BERSAMA DATO’ SERI PRESIDEN”

  1. watanMsia Says:

    Salam sejahtera.

    Saya menerima sesalinan kiriman surat ini yang ditujukan untuk seluruh rakyat Malaysia. Mungkin bukan saya sahaja yang terima, namun setelah membacanya, saya mendapati niat surat ini baik sekali untuk perpaduan SATU MALAYSIA. Saya mendapati penulis tidak “bias” kepada mana-mana pihak, sebaliknya penulis mengajak agar berserah kepada TUHAN yang MAHA ADIL.

    Saya menyokong saranan penulis agar membubarkan segala prasangka dan saling menuduh. Rakyat semua tak tahu yang sebenar, dan perkara ini adalah sangat sulit antara 2 manusia, tidak seperti kerja merompak dll.

    Leburkanlah segalanya dan pasrahlah kepada ALLAH. Saranan saya ini berdasarkan dalil-dalil yang berikut;

    Surah Ar-Rahman 55:27
    وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
    “Dan tetap kekallah wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.”

    Surah Al-Qashah 28:88
    “….Setiap sesuatu akan binasa, melainkan wajah-Nya (Allah)”

    Marilah kita berserah kepada ALLAH tanpa berdoa musibah kepada yang lain, sebaliknya berdoalah agar TUHAN yang MAHA Mengetahui itu mendedahkan kebenaran sahaja. Seterusnya saya mengajak menghayati surah ini untuk masyarakat majmuk Malaysia berbagai fahaman agama.

    Surah Al-Baqarah 2:148
    “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”

    Surah Al-Baqarah 2:241
    “… dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama engkar kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa.”

    Maka saya memilih untuk menyebarkan surat ini untuk bacaan umum agar mendapat manafaat yang baik untuk satu Malaysia. Saranan yang baik ini saya usulkan agar dipaparkan oleh seluruh MEDIA Massa tanah air untuk di hayati NILAInya. Dengan menyebarkan surat ini, saya menyokong kuat usulan penulis demi kebaikan SATU MALAYSIA dalam erti perpaduan yang lebih kukuh selepas ini.

    Saya sebagai warga Malaysia merasa mahu dan perlu menjadi warga yang baik serta MENDAULATKAN NEGARA MALAYSIA sebagai 1Malaysia. Maka saya merayu seluruh rakyat dengan nilai kemanusiaan fahaman agama saya, ISLAM. Salinan di bawah ini adalah dari seorang hamba Allah yang mengirimkan kepada saya. Saya telah bersolat Istikarah selama 3 hari berturut dan saya mendapat tanda agar saya bersama MENYERUKAN usulan pakcik ini seperti di bawah:

    Salam semua,

    Sila amati perbezaan BERFIKIRAN ADIL(FAIR-MINDED) vs BAIK HATI(KIND-HEARTED)?

    Rujuk AL-Quran, Al-Hadis Sahih, Ulamak Muktabar dsb.

    Cuba juga huraikan apa maksud “AKU TIDAK AKAN MENGETAHUI YANG TIDAK DIKETAHUI JIKA AKU BERPAUT PADA YANG DIKETAHUI”

    Salam.

    Abg Arif berpegang pada kekata “AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN(aku tidak bergantung kepada apa-apa..) MELAINKAN ALLAH!”

    Tuan dan Puan,.

    Saya Arif Ibrahim ingin seikhlas mungkin untuk membantu berkaitan kes Liwat di antara Saiful Bukahari Azlan mlwn Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Saya mencadangkan setiap individu-individu yang Pro dan Kontra masing-masing pihak tidak berkonflik sesama warga sendiri yang akan membuka orang luar mencampuri undang-undang di Malaysia.

    Cadangan saya ajakan RAKSAKSA masing-masing pihak dengan fahaman agama yang dianuti mengadakan doa secara besar-besaran dengan KEDAMAIAN sebagaimana ajaran agama masing-masing. JAUHI tuduhan liar dan kekata kesat ke atas kedua belah pihak!

    Lakukan doa dengan khususkan TUHAN PASTI PAPARKAN DI BUMI MALAYSIA KEBENARAN kedua belah pihak dan menerima hukuman SETIMPAL tanpa berkonflik lagi, Dan Malaysia akan menjadi NEGARA yang aman Sejati.

    Kita lihat SPIRIT doa kita bersama dalam anutan masing2 PASTI Tuhan akan membuktikan!!

    Peringatan : BERHENTI KATA MENGATA dan HINAAN ke atas kedua belah pihak!!!!

    MAHKAMAH di MALAYSIA akan dipimpin oleh SPIRIT absolute truth dan menghidupkan dalam para pakar hukum-hakam, perubatan dsb dalam mengadili kes ini.

    YANG TAK DIJANGKA selalunya BENAR!!

    Saya yang Ikhlas
    Arif Ibrahim. S’pore.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: